Bab 11
1BETUL ke abang Am ada girlfriend? ”Aina maisarah memandang wajah Izhar. Dia macam tak percaya tapi Izhar mana pernah menipu dia.
“Betul sayang…abang sendiri yang tengok depan mata abang. Dah tu siap telefon…sms…Am tu dah macam orang mabuk bercinta. Macam kita ni. ”Izhar ketawa kecil.
“Yek…Aina tak mabuk tau. Lagi satu berapa kali Aina nak cakap jangan panggil sayang…gelilah.”
“Adui…susah betullah dapat awek doktor ni. Nak romantik sikitpun tak boleh. ”Sememangnya Aina bukan seorang yang romantik, malah Aina tak pernah bagi satu hadiahpun pada Izhar. Sampai kadang-kadang Izhar terasa hati dengan sikap Aina. Tapi nak buat macamana inilah orang yang dia sayang pun.
“Apa abang cakap? Oh…menyesallah sekarang ni ye..Belum terlambat lagi tau kalau abang tak nak kahwin dengan Aina. ”Izhar mengeluh. ’Ke situ pulak dia ni.’
“Taklah…sesekali cubalah Aina romantik sikit. ”Aina menjeling kasar.
“Em…balik pada kes abang Am tadi….betul ke? Aina macam tak percaya saja. Tak ada pulak abang Am bagitahu kat mama ke…kat Aina ke? Siapa perempuan tu? ”Sudah dua tiga kali dia bertemu Amru selepas Amru balik dari Lubnan. Tapi Am tak pernah cerita apa-apa pun padanya.
“Kapten Dr Shazlin. ”Aina mengerutkan keningnya. Cuba mengingati kalau-kalau dia pernah mendengar nama itu dari mulut Amru. Tapi rasanya tak pernah sama sekali.
“Cantik tak? ”
Izhar hanya mengangguk.
“Siapa cantik lagi…perempuan tu ke kak Min?”
“Cantik tu kan subjektif Aina. Dua-duapun ada kecantikannya tersendiri. Tapi abang lebih suka pada Min. Mungkin sebab Min pakai tudung. Kecantikan dia lebih menyerlah. Macam awek kat sebelah abang ni. ”Izhar membuat persepsi dan diselitkan dengan sedikit gurauan. Tapi Aina tak ketawa pun.Nasib lah Izhar…
“Kalau benda tu tak berlaku dulu…mesti semua ni tak jadi kan. Ni semua pasal perempuan gedik tu. Kalau tak takkan kak Min sampai nak minta cerai. Diorang baru je nak berbaik masa tu. ”Aina memandang jauh dihadapan.mengutip memori setahun lalu.
“Ni semua kan perancangan Tuhan. Tapi abang harap biarlah jodoh mereka masih ada Aina.”
“Aina pun harap macam tu. Menyesal Aina buat kak Min macam tu. Kalau Aina sendiri kat tempat diapun mungkin Aina akan ambil tindakan yang sama. Cuma waktu itu simpati pada abang Am buatkan Aina tak layan kak Min.”
“Hai macam minta je…”
Aina menjengilkan matanya pada Izhar.
“Cubalah kalau abang nak tengok Aina jadi macamana…”
Izhar ketawa.
“Abang gurau je lah….Nak dapat Aina pun menggeletar lutut abang..ni pulak nak cari awek lain. ”Izhar tersenyum memandang buah hati dihadapannya ini.
“Tapi Aina harap diorang masih ada jodoh. Ni semua pasal Alina dan Maya tu. Sakit hati Aina bila ingatkan kembali.”
“Dahlah tu…Maya pun dah terima hukuman dari pihak atasan. Entah-entah diapun dah dapat boyfriend kat Teluk Sepangga tu. Dan abang rasa dia dah insaf dengan perbuatan dia dulu.Pasal Alina tu memang silap Am pun sebab tak berterus terang.”
“Mana abang tahu?”
“Abang ada jumpa dia masa kursus kat Sabah hari tu. Dia cakap dekat abang yang dia menyesal. Kalau oleh dia nak jumpa Min dan bagitahu segala-galanya.”
“Tapi semua tu dah tak berguna. Abang Am dengan kak Min pun dah berpisah. Sekarang ni pulak abang Am ada girlfriend…lagi complete. Pasal Maya masuk bilik abang Am kat Langkawi tu tak pelah sebab kak Min memang percayakan abang Am. Lagipun Maya pernah perangkap abang am untuk kahwin dengan dia. Maya ni memang tak serik kan. Dah abang Am tak nak dia sudah lah. Carilah orang lain. ”Izhar memandang wajah Aina Maisarah. Walaupun wajah Aina seakan kebudak-budakan tapi nampak kematangannya. Dan sekarang dia rasa bahagianya mempunyai seorang kekasih. ’Lama-lama pandang esok juga aku nak menikah. ’Ketawanya tercetus didalam hati.
Aina ingat macamaan Maya sekali lagi perangkap Am di Langkawi masa LIMA. Maya masuk bilik Amru. Nasib baik Amru duduk dengan Ikmal. Maya di bawa ke pihak atasan. Di kenakan hukuman dan terus ditukarkan dalam tempoh 24 jam. Aina pun tak tahu kenapa Maya sanggup buat macam tu. Menjatuhkan maruah dia sebagai seorang wanita hanya kerana lelaki.
Itu Maya, namun bila Alina muncul dalam hidup Amru semuanya jadi kucar kacir. Aina tak yakin Amru ada perasaan pada Alina. Cuma mungkin cara Amru itu silap. Merahsiakan semuanya dari Yasmin. Malah mungkin sahaja Yasmin tidak dapat menerima pembohongan Amru. Kalau dia di tempat Yasmin juga mungkin tindakan yang sama dilakukannya. Amru kata ke pejabat, tapi sebenarnya Amru bersama wanita lain. Amru katanya ada urusan di kapal, hakikatnya menemani wanita lain ke shopping mall. Mungkin niat Amru tak salah tapi caranya tidak kena. Bila Alina jatuh cinta, rumahtangga Amru yang goyah.
‘Tapi Aina itulah cinta itu buta.’
Cinta itu tidak buta, tapi buta pada yang hatinya tidak nampak.
"Aina ini yang termenung kenapa?" Soalan Izhar buatkan Aina tersenyum. Dia pandang wajah Leftenan komander Izhar ini siapa sangka diam si Izhar ini rupanya peminat bersusun. Akhirnya dia juga yang dapat mamat handsome ini.
"Tak ada apa-apalah. Cepatlah makan. Sekejap lagi dah nak maghrib."
Tiada istilah keluar malam antara dia dan Izhar. Lagipun mama menghalang sekalipun Amru membenarkan. Harga diri dan maruah sebagai wanita tetap Aina perlu jaga walaupun Izhar tunangnya.
Semakin hari menginjak maghrib semakin ramai pengunjung di sini. Agaknya nanti diorang solat dekat masjid dekat-dekat sini tak?
Beberapa hari selepas pertemun di Kapal, Yasmin cuba melupakan semuanya. Rutin hariannya dijalankan seperti biasa. Hanif juga nampaknya tidak lagi bertanya atau berbicara soal hati dan perasaan.
Habis waktu kerja Yasmin tidak terus pulang ke rumah. Selesai solat maghrib di masjid Lumut, dia berjalan-jalan seketika di pekan kecil itu. Sekadar membeli ikan bilis mata biru untuk dibawa pulang hujung minggu ini ke kampung. Sedap digoreng dan di makan dengan nasi panas.
YASMIN bersendirian di Marina Wing. Tadi ditolak pelawaan Hanif untuk keluar makan malam. Dia hanya mahu bersendirian saat ini. Lamaran Hanif, kisah Amru dan Shazlin benar-benar merunsingkan hatinya. Kalau dulu, dengan Rohanalah selalu dia bercerita, tetapi lepas kejadian itu bagai ada jurang antara dia dan ibunya. Setiap masalahnya dia lebih suka menyimpannya sendiri. Ingin bercerita pada Fazril nun jauh diseberang tambak. Kadang-kadang dia rindu dengan fazril. Fazril yang dia kenal 17 tahun lalu. Fazril cinta pertamanya yang tidak kesampaian. Fazril yang tidak disangka adalah sepupunya sendiri. Kadang-kadang dia sedih sendiri. Seusia dia 6 tahun sudah kehilangan kedu orang tua. Mujur sahaja Puan Rohana dan encik Shahudin anggap dia dan Iman sebagai anak kandung. Ya dia tetap sahaja bertuah walaupun ada sedikit kekurangan.
Yasmin merenung kegelapan malam yang diterangi lampu neon di sepanjang selat dinding ini. Di tengah lautan masih sama,ada kerlipan lampu bot nelayan,bagai kelip-kelip dimalam hari.
Yasmin memerhati sepasang suami isteri yang sedang bermain dengan anak kecil mereka. Bahagia sungguh hatinya dihimpit pilu. Kalau bukan kerana Alina pasti dia juga sudah punya cahayamata bersama Amru. Mungkin sudah sebesar itu anaknya.
“Boleh Am duduk? ”Yasmin tersentak.dia menoleh. Amru sedang berdiri dengan baju sejuk di tubuhnya. Sejak bila Am disini dia tidak tahu. Mungkin dari tadi dia diperhati Amru.Atau mungkin sahaja Amru baru tiba disini.
What a sweet coincident….hatinya berbisik.
“Am? ”Tanpa menghiraukan jawapan Yasmin, Amru duduk di sebelah Yasmin. Mengadap laut hitam. Gelap Cuma diterangi lampu-lampu neon di benteng ini.
“Dari mana Am? ”Yasmin berganjak ketepi sedikit. Memberi ruang Amru duduk di kerusi batu sebelahnya.
“Dari rumah.Min pulak?” Amru menoleh sedikit. Dari cahaya lampu dia nampak Yasmin yang menunduk.
“Min pun dari ofis.Tak tahu nak buat apa.”Dia membetulkan tudungnya yang dikilas angin malam.
“Tak keluar dengan Hanif? ”Yasmin menggeleng.
“Am? Tak keluar dengan bakal isteri Am? ”
Amru ketawa kecil. Hati yasmin pedih.
“Dia duty malam ni.” Jawab Amru.
“Navy ke? ” soal Yasmin kembali.
Amru menggeleng.
“Dia army. Kapten Dr .”
Yasmin terasa hampir mahu menangis saat ini. Ternyata Amru sedang berbahagia. Memang Amru layak untuk bahagia setelah hatinya menderita dahulu.
“Patutlah padan dengan Am. Dua-dua tentera.”Hampir tidak terkeluar kata-kata dari bibir Yasmin. Ya Allah sebaknya Min.
"Am jumpa dia masa di Lubnan." Amru bercerita sedangkan hati Yasmin bagai dicarik-carik. Dikoyak-koyak bagai cebisan tisu.
"Pasti dia istimewakan?" Ya Allah saat Min cakap macam ini Min rasa mahu menjerit Am. Min rasa nak peluk Am erat-erat.
"Rahsia hati Am..takkan Am nak bagitahu Min."Amru ketawa kecil seperti menyindir Yasmin.
"Min tahu Min dah tak ada kena mengena dalam hidup Am." Yasmin jauh hati.
"Mungkin AM yang dah tak ada kaitan dalam hidup Min. Sampai hatikan, Min."
Yasmin menunduk. Dia tahu silapnya. Tapi Am pun buat silap
Masing-masing membisu. Tiba-tiba telefon Amru berdering.
“Hello Lin.”
Yasmin hanya menjadi pendengar.
“I dekat luar.burger? Okey ..jap lagi I masuk base hantar kat you. Bye..”Amru kembali memasukkan telefon bimbitnya kedalam poket baju sejuk.
“Pergilah…nanti dia marah pulak kalau Am lambat. ”Yasmin meramas jari jemarinya sendiri. Cuba menyedapkan hatinya yang bagai dilanda gelombang samudera saat ini.
“Its ok…Min apa khabar? Lama tak jumpa kan? ”Yasmin mengangguk.
“Alhamdulillah..Min sihat. Am?”
“Am pun sihat Min. Cuma dah kurus sikit. Tapi still handsome lagi. ”
Yamin ketawa kecil. Amru turut senyum.
“Minggu depan Min nak bertunang. ”Entah kenapa panggilan telefon dari Shazlin tadi membuatkan yasmin nekad berkata demikian. Amru diam tanpa suara.
Min bukan sengaja mahu berbohong. Tapi Min tak ada bahasa lagi untuk cakap dengan Am. Min kena berbohong sebab Min nak tutup rasa hati Min saat ini.
“Bila Min nak kahwin?” soal Amru bagai tanpa perasaan.
“Dalam sebulan dua lagi.”
“Min dah pasti?”
“Kenapa?”
“Saja Am nak tahu. ”Amru bersahaja. Jaket hitamnya di zip sehingga ke leher. Sejuk, bayu samudera raya yang bertiup galak. Agaknya hari nak hujan kut.
“May be kot. ”Itu jawapan terbaik yang Yasmin boleh beri.
“May be…jawapan apa tu?”
“Kenapa Am nak tahu. Min dengan Am dah tak ada apa-apa dah. Samada Min buat pilihan betul atau tak bukan hak. Am nak tahu.”
Amru memandang yasmin dalam kesamaran malam. Lama wajah itu direnungnya.
“Yelah siapalah Am ni kan nak ambil tahu hal Min lagi. ”Amru bagai orang yang berjauh hati.
Kenapa perlu berjauh hati bukan kah Am dah ada Kapten Dr Shazlin itu.
“Min tak balik kampung? Mak dengan ayah apa khabar?”
Amru tanya macamlah berbulan dia tak jumpa bekas mertuanya itu. Bukankah baru dua minggu lepas Am jumpa diorang di Pulau Jerejak. Lupa kut yang Am jadi rescue ranger malam itu.
“Alhamdulilah .mak dengan ayah sihat. Wan pun sihat. Wan duduk dengan pak long kat Brunei. ”Memang dia rindu nak bertemu Hajah Hasnah lagi. Tapi Hajah Hasnah sudah ikut Sulaiman ke Brunei. Nantilah bila-bila dia punya masa terluang dia akan pergi melawat Hajah Hasnah disana.Atau mungkin pak long Sulaimannya akan balik kesini nanti. Hajah Hasnah nenek yang dia kenal setelah 29 tahun hidup di dunia ini. Nenek yang melahirkan arwah ibunya dahulu. Rindunya Min pada Wan.
“Min….”
Yasmin berpaling.
“Dah lama ke Min kenal Hanif tu? ”Masakan Amru lupa pada nama yang diperkenalkannya kepadanya tiga hari lalu. Dan nama yang Yasmin sebut-sebut sebagai bakal tunangnya.
“Dulu sama-sama satu ofis dekat KL . Sebelum kita kahwin. Tapi Cuma kawan sekerja saja lah. Min baru jumpa dia balik baru-baru ini. Tak sangka pulak dia yang incharge kat ofis sini.”
“Cepatnya dah nak bertunang. Macam dah bercinta lama je..” Amru serkap jarang.
“Min bukan muda lagi Am…nak bercinta macam orang muda-muda. ”
Amru mengangguk. Dia diam sejenak.
“Min.. ”Yasmin berpaling. Memandang Amru dari sisi.
“Min…Tak ada apalah. Okeylah..Am pergi dulu. ”Amru pantas bangun. Yasmin hanya memerhati. Pastilah sebentar lagi Amru akan bertemu dengan wanita itu. Hati Yasmin terdetik rasa cemburu yang maha hebat.
Tapi apa yang Min tak tahu Am tak sanggup nak pandang wajah Min lama-lama. Duduk berdua dengan Min sahaja mengundang debaran yang menggila. Sebab itu Am pergi walaupun hati Am sebenar nya mahu berlama-lama dengan Min.
Amru bersiri di balkoni wisma samudera. Tin coke di tangan sesekali digenggam kuat. Tadi dia hantar burger yang dipesan Shazlin. Cuma bertemu seketika di lobi hospital. Kemudian dia terus pulang ke wisma. Dia memikirkan permintaan Shazlin. Shazlin gadis yang baik tidak pernah setahun itu dia cuba menggoda Amru. Shazlin mampu menjadi sahabat yang baik buat Amru.
Pada Shazlin dia ceritakan kisahnya dengan Yasmin, Maya dan Alina. Shazlin yang buatkan semangatnya pulih. Pelbagai kata-kata semangat Shazlin berikan sehingga akhirnya Amru mampu tersenyum dan terus ketawa.
Tapi hatinya belum bertunas sayang pada Shazlin. Sekadar sayang sebagai sahabat. Mungkin kerana ke akrabannya dengan Shazlin disalah ertikan.
"Kenapa Am?" Shahrul muncul dengan kain pelikat dan baju T. Duduk menyandar disebelah Amru.
"Tak ada apa-apa Rul, memikirkan masa hadapan yang tak tahu macamana."
Shahrul ketawa. Dia dan Izhar sama-sama sudah bertunang.Tidak lama lagi bakal berpindah dari sini ke blok kelamin pegawai.
"Masa depan Am, kita sendiripun tak tahu apa yang akan jadi esok hari. Selagi belum mati, selagi belum kiamat, masa hadapan kita terus jadi tek teki dan tanda tanya." tangannya memcit-micit dahi. Dia sakit kepala sebenarnay. Demam lepas habis operasi. Nak tidur matanya tidak mahu lena. Lebih baik dia berbual dengan Amru kat sini.
"Sebab kita tak tahu masa hadapanlah aku terus memikirkannya, Rul."
Dua sahabat ini kadang-kadang boleh sahaja berbual tentang masalah duia. Cuma masalah hati jarang Amru mahu berkongsi. Kalaupun ada cuma dengan Izhar.
"Kadang-kadangkan Am, apa yang kita rancang, yang kita fikirkan selalu bertukar sebaliknya." Mata Shahrul memerhatikan kawasan KD Malaya yang diterangi cahaya lampu.
"Yup Rul, sebab rencana Allah itu mengatasi segala perancangan manusia."
"Sorry to say, tapi aku tengok kau dengan kapten tu macam ada apa-apa saja. Buah hati kau ya Am?" sudah lama dia ingin bertanya. Semalam dia nampak Amru di Bistro Cafe dengan Shazlin. Bergelak ketawa mesra. Fikirnya pasti ada sesuatu yang istimewa antara keduanya.
"Kawan saja Rul. Nothing special." Untuk beritahu lamaran Shazlin mungkin tidak sama sekali.
"Tak kisahlah sisap dia pada kau Am, yang penting kau bahagia." Bahu Amru ditepuk perlahan. Matanya mengantuk tiba-tiba. Mungkin ubat yang dimakan seketika tadi sudah berkesan dalam sarafnya.
"Aku masuk dulu." Shahrul melangkah tanpa menunggu jawapan Amru. Amru cuma tersenyum. Matanya kembali memandang bulan dan bintang di angkasa. Ya satu masa lalu, dia suka pandang bulan dan bintang bila bersama Yasmin. Hatinya melebar senyuman.
Bab12
TERDIAM Rohana saat Yasmin mengkhabarkan perkhabaran ini.berkali-kali dia bertanya dan jawapan Yasmin tetap sama
" Min ini betul ke? Macam tergesa-gesa sahaja." Puan Rohana pandang Yasmin tepat-tepat. Cara Yasmin bagitahu macam tak meyakinkan dia sahaja. Dia bela Yasmin sudah 26 tahun. Dia kenal anak perempuannya ini.
"Betullah mak, Min dah berpisah 3 tahun. Takkan Min nak membujang sampai tua."
Seminggu dia berfikir semasaknya. Kalau Amru sudah bertemu dengan pengganti dan bahagia kenapa dia harus seksa dirinya dengan hidup dalam kenangan yang Amru tinggalkan. Dia juga berhak untuk bahagia. Tapi mungkin caraya sahaja tidak kena. Menerima Hanif kerana Am sudah berpunya. Tapi mungkin sahaja nanti dia boleh jatuh cinta dengan Hanif Zakri. Dahulupun dia tidak kenal Am tapi boleh sahaja dia berkahwin dan jatuh cinta separuh mati dengan Amru.
"Mak faham kalau Min dah lama hidup seorang diri. Cuma mak bimbang kalau Min salah buat pilihan." hati ibunya tetap risaukan sesuatu. Takut kalau-kalau Yasmin cuma menurut kata hati.
Yasmin terdiam. Dia pandang Syakri Iman sebelum beralih kepada encik Shahudin. Semalam dia sudah bagitahu Syakri Iman, abangnya hanya mahukan yang terbaik. Membantah tidak.
"Insyaallah mak doakan sahaja yang terbaik untuk Min."
Dia tiada jawapan sebab bahagia itu bukan ditangannya. Dia hanya boleh mencari bahagia tapi bahagia yang sebenarnya di tangan DIA yang satu. Dia cuma mampu bertawakal dan berserah semoga pilihannya tidak silap.
Malam itu Yasmin tidak lena tidur. Tubuhnya dipusingkan ke kiri dan ke kanan. Menimbang semula keputusanya menerima lamaran Hanif. Yasmin pandang jam, baru 10.30malam. Memang bukan waktu dia untuk lena.
Dia bangun, hajat dihati mahu menambah makan mee rebus yang Puan Rohana buat petang tadi. Belum sempat ke dapur dia menangkap suara berbual di ruang tamu. Kakinya tidak jadi ke dapur. Dia ke ruang tamu.
Langkah Yasmin terhenti, bekas mertua dan Amru di ruang tamu. Sedang rancak berbual dengan ibu bapanya. Sejak bila mereka disini, Yasmin kurang periksa. Cepat-cepat dicapainya tudung yang tersangkut di kerusi. Tapi dia nampak Amru sudah menjeling dirinya.
"Mama, abah." Yasmin menyalami keduanya. Tetap sahaja panggilan mama dan abah meluncur laju sepertimana Amru tetap memanggil mak dan ayah kepada orang tuanya.
"Min ada kat sini ke?"
Puan Asiah tarik Yasmin duduk disebelahnya. Selepas peritiwa perpisahan Amru dan Yasmin dia sedikit berjauh hati dengan Yasmin. Tapi lama kelamaan dia dapat menerima hakikat.
"Min cuti ma." Yasmin jeling sedikit pada Amru. Tapi Amru buat-buat tak tahu.
"Abah dengan mama datang nak jemput keluarga Min ke majlis Aina nanti. Jemput awal-awal nanti takut lupa. Tadi ada majlis kenduri kahwin rumah kawan abah dekat sini, itu yang terus singgah ke mari." Tuan Borhan bersuara.
"Oh dah nak kahwin Aina. Tahniah ma, nak dapat menantu."
Semua orang tersenyum kecuali Amru. Perbualan mereka semakin rancak. Yasmin cuma diam disebelah Puan Asiah. Amru sesekali menjeling.
"Eh tadi Am kata nak tumpang sembahyangkan? Min bawa Am ke bilik tamu." Arah Puan Rohana. Yasmin terkejut sedikit tetapi cuba dikawalnya. Dia bangun cepat-cepat. Amru juga bangun mengekori langkah yasmin ke bilik tengah.
"Bilik air tahukan kat mana."
Amru senyum bila Yasmin cakap macam itu. Dia belum lupa lagi selok belok dalam rumah ini.
"Tahu..bilik Min pun Am tahu kat mana." matanya dikenyitkan pada Yasmin. Yasmin menjeling.
"Min cantiklah malam ini."
Entah sengaja atau tidak, ikhlas atau tidak Yasmin tidak tahu. Yasmin cuma diam. Sejadah dihulurkan pada Amru.
"Solat cepat, nanti lambat pula. Min keluar dulu."
Telinganya menangkap ketawa kecil Amru. Sungguh hati Yasmin berdebar-debar. Namun belum sempat keluar dia terdengar bunyi telefon Amru. Yasmin pasang telinga. Bila Amru sebut nama Lin, Yasmin berlalu. Ya dia sudah terlalu jauh dari Amru Iskandar.
Rombongan dari pihak Hanif tetap diterima dengan baik. Cuma keluarga Yasmin meminta waktu sebelum meneruskan majlis. Cincin risik sudah tersarung di jari Yasmin.
Walaupun tidak pasti dengan keputusannya tapi dia bersyukur sedikit bila keluarga Hanif tahu status dirinya. Dia nampak senyuman di bibir Hanif Zakri tapi hatinya tidak mampu tersenyum. Yasmin rasakan dia bagaikan memeprmainkan perasaan Hanif.
Pening kepala Rohana memikirkan hal Yasmin. Sudahlah dulu bercerai dengan Amru secara mengejut ini pulak nak bertunang dengan Hanif pun mengejut juga. Padahal Rohana tahu Yasmin baru sangat kerja dengan Hanif. Tapi diturutkan juga kehendak Yasmin asal anak itu bahagia. Kisah Yasmin sudah lama mengenali Hanif tiada siapa yang tahu.
Seperti Rohana,Shakri Iman berkali-kali bertanya pada yasmin samada betul tindakannya menerima Hanif.
“Biarlah along mungkin dah jodoh Min dengan Hanif.”
“Along tahu Min masih mengharapkan Amru kan? ”
Yasmin tunduk.
“Am dah ada pengganti Min along. Dia bukan lagi milik Min. Dah tak ada guna Min nak tunggu dia.”
“Min pasti Am dah lupakan Min? Dah ada pengganti Min? ”
Yasmin mengangguk.
“Min sendiri pernah jumpa along. Cantik orangnya. Memang padan sangat dengan Am? ”Rendah suara Yasmin berbicara.
“Sebab itu Min terima Hanif. Kerana sakit hati Min. Bukan kerana cintakan Hanif? ”
Yasmin diam. Hatinya membenarkan kata-kata Shakri Iman. Shakri Iman bangun mendekati Yasmin. Di ruang tamu hanya ada mereka berdua. Usai majlis semua kepenatan. Yang lain sudah lama lena diulit mimpi.
“Jangan bermain api Min..nanti terbakar diri sendiri. Min bukan sahaja mempermainkan perasaan Min tapi mempersendakan perasaan Hanif.” sebagai abang, dia mahu Yasmin bahagia. Bukan bahagia yang dibuat-buat. Bukan bahagia hanya kerana mahu menutup luka di hati. Yasmin tergesa-gesa menerima Hanif hanya kerana Amru sudah berpunya. Kalau ditakdirkan jodoh Min dengan Am memang sudah habis, dia akur. Tapi biarlah Yasmin berkahwin dengan orang yang dia cinta. Bukan menerima kerana terpaksa atau sekadar menutup hati yang lara. Itu Syakri Iman tidak setuju.
“Biarlah along..Min yakin satu hari nanti Min mampu bahagia bersama Hanif. ”
Shakri Iman menggeleng.Bingung dengan sikap yasmin.
“Apapun dik.. along nak Min fikir sedalamnya selagi masih belum terlambat. Along nak Min bahagia seperti along dan kak lily,seperti mak dan ayah. Along sayang kan Min. Min satu-satu saudara kandung along. ”yasmin sudah teresak kecil. Akhirnya dia rebah di bahu Shakri Iman.
“Menangislah Min kalau tangisan itu mampu meredakan bebananmu..’
Hanif Zakri gembira bila Yasmin menerima dirinya. Walaupun belum bertunang tetapi dia yakin Yasmin pasti akan menjadi miliknya satu hari nanti. Biarlah sekarang dia akan cuba membahgiakan Yasmin. Akan ditanam benih-benih cinta dan bunga-bunga sayang dalam hati Yasmin.
Dia tahu dia hadir secara mengejut dalam hidup Yasmin. Tapi dia yakin dia mampu membahagiakan Yasmin.
"Acu dah yakin ke dengan keputusan acu?" ibunya datang dengan sedulang teh dan biskut kering. Bunyi cengkerik saling sahut bersahutan dari hutan kecil belakang rumah. Ada juga bunyi-bunyi unggas yang lain. Katak-katak juga saling bersahutan selepas hujan. Indah sebenarnya suasana kampung waktu malam.
"Maksud mak? Acu silap buat keputusan?" Dia tahu dia anak bongsu. Abang-abang dan kakaknya sudah beranak pinak. Malah ada yang sudah punya cucu. Tapi dia masih menyendiri. Belum mahu berumahtangga.
"Tak adalah, mak cuma bimbang. Mak ini dah tua, tak ada benda yang mak nak selain anak-anak bahagia dan ada kehidupan mereka sendiri."
Hanif tahu itu. Tubuh ibunya juga sudah makin mebongkok. Kedut-kedur mula menjadi penyeri wajah tubuh. Ayahnya sudah lama pergi mengadap ilahi. Mujur ada kakaknya yang mahu tinggal bersama ibunya disini. Lapang dada bila ada orang yang tengok-tengokkkan ibunya.
"Sebab dia janda ke mak?"
Dia memilih Yasmin bukan kerana rupa, bukan kerana status. Kalau dia mahu ramai anak-anak dara yang boleh dilistkan sebagai calon isteri. Tapi kalau datang model antarabangsa pun kalau hatinya berkata tidak tak akan juga cinta itu ada.
"Mak tak kisah janda ke anak dara ke, cuma mak tak nak esok-esok acu menyesal."
Hanif Zakri pandang wajahibunya yang sudah dimamah usia, dia faham kekhuatiran ibunya.
"Insyaallah mak, acu rasa acu tak silap buat pilihan."
Benarkah tak silap Hanif? Hanif Zakri pandang ke tengah halaman. Langit gelap bagai tiada satu bintangpun. Mungkin dia sudah lama kenal Yasmin tapi selama itu jugakah dia mengenali hati yasmin? Sungguh dia tiada idea. Lamaran dia pada Yasmin bukan tergesa-gesa. Dia sudah berfikir. Ungkin tempoh dia berfikir itu tidak lama.
Dari atas tangga kayu dia terus memandang pohon rambutan yang disimbah cahaya lampu kalimantang dihadapan rumah. Sudah kekuningan warnanya. Tidak lama lagi dapatlah mereka makan hasil yang ditanam arwah ayahnya berpuluh tahun lalu. Teringat Yasmin yang suka dengan rambutan, Hanif senyum.
;Ya Allah semoga pilihan ini tidak silap. Dan semoga ada bahagianya bersama Yasmin.'
Hanif bangun. Pintu kayu ditutup rapat. Diselaknya kejap-kejap. Ibuya sudah menghilang ke dlama bilik. Di ruang tengah anak-anak saudaranya bergelimpangan tidur dengan televisyen yang masih terpasang. Suis televisyen dimatikan, Hanif melangkah ke kamarnya.
Dua hari selepas kepulangan keluarga Hanif, Yasmin kembali berangkat ke Lumut. Tiada seorangpun dari ahli keluarganya yang membuka bicara tentang dia dan Hanif. Cuma malam itu dia berbual dengan Syakri Iman.
Cuma mungkin majlis pertunangan keduanya akan dijalankan pada hujung bulan depan. Malah lebih mengejutkan Rohana bila Yasmin meminta untuk diadakan terus majlis pernikahan.
Tergesa-gesa bagai ada sesuatu yang tidak kena. Itu fikir Rihana dan Shahuddin. Syakri Iman hanya menggeleng.
Memang Min gila sekarang mak. Min gila sebab Min tahu Am tak akan kembali pada Min… ’Kasihankan anak mak ni…Tapi kasihan lagi pada Hanif yang dipergunakan Min.
Sepanjang perjalanan pulang fikiran Yasmin bercelaru. Menimbang semula apakah tindakannya menerima Hanif adalah tindakan yang betul. Dia harus akui dia menerima Hanif kerana Amru sudah berpunya. Dia tidak mahu terus-terusan mengingati sesuatu yang bukan lagi haknya. Amru sudah terlalu jauh dari dirinya. Kenapa? Kenapa semuanya harus berlaku saat dia mula menyintai Amru? Kejamkah dirinya meminta perpisahan? Kenapa semua orang hanya memikirkan perasaan Amru.tapi bagaimana dengan perasaannya yang cukup tercalar.?Ya…semua kerana dua wanita yang meyimpan perasaan pada Amru. Alina dan Maya Athira.
Kenapa dia harus diuji dengan ujian ini? Kau memang kejam Maya. Berkali aku ingatkan Amru hak aku tapi kenapa kau masih berdegil sehingga sanggup mengorbankan kebahagiaan aku dan Amru? Dan sanggup menggadaikan maruah sendiri. Dan Alina kerana kau Amru tidak jujur. Kerana kau aku yakin Amru curang. Sudah berkurangkah lelaki-lelaki di luar sana sehingga suami orang yang kau mahukan.
Kenapa dia harus diuji dengan ujian ini? Kau memang kejam Maya. Berkali aku ingatkan Amru hak aku tapi kenapa kau masih berdegil sehingga sanggup mengorbankan kebahagiaan aku dan Amru? Dan sanggup menggadaikan maruah sendiri. Dan Alina kerana kau Amru tidak jujur. Kerana kau aku yakin Amru curang. Sudah berkurangkah lelaki-lelaki di luar sana sehingga suami orang yang kau mahukan.
Atau akukah yang bodoh kerana terlalu mengikuti hasutan perasaan? Amru tak salah…yang salah adalah obsesif Maya dan kesilapan nya kerana berselindung tentang Alina. Nah..Yasmin sekarang kau tanggunglah….berdepanlah dengan kenyataan tindakan bodoh kau dulu menjauhkan Amru terus dari dirimu.
Yasmin mengesat airmatanya yang mengalir laju.
Kenapa perlu menangis Yasmin kalau ini lah akibatnya permintaan kau satu waktu dulu.
‘kadang-kadang kita perlu kehilangan benda yang jadi milik kita dan kadang-kadang kita perlu tinggalkan insan yang kita sayang.’
Min tinggalkan Am kerana Min sayangkan Am kah? Airmatanya terus mengalir laju.
bab 13
“Am…kenapa I tengok sejak kebelakangan ni you macam tak ada mood je?”Pertanyaan Shazlin saat kedua mereka bersantai di Marina Wing menyentak sedikit Amru yang seakan berkhayal jauh.
“Tak adalah Lin..penat sikit, lagipun kapal dah mula operasi.”
Shazlin mengangguk. Walaupun dia sedikit sangsi. Entah kenapa sejak kebelakangan ini hatinya sedikit curiga pada Amru. Dia pun tak tahu kenapa. Amru tak macam Amru sewaktu di Lubnan dahulu. Amru yang selalu bercerita dengannya. Amru yang boleh bergelak ketawa. Tapi sejak kebelakangan ini Amru dah macam orang lain. Tak macam Amru yang dia kenal dahulu.
“Em…Am, my parents nak jumpa dengan youlah. May be next week diorang datang sini. Boleh ye Am?”Shazlin memujuk. Dia sudah bercerita tentang Amru pada keluarganya. Masing-masing tiada bantahan. Apatah lagi kerjaya Amru yang setanding dengan Shazlin.
“Nak jumpa I buat apa Lin? ”Amru mula gusar. Apatah lagi membabitkan keluarga. Dia belum bersedia lagi. Dia belum mahu ada apa-apa komitmen. Memilih Shazlin sebagai suri bermakna dia harus melepaskan YAsmin selama-lamanya dari hati. Dia tak akan mahu sakitkan hati Shazlin kalau menerima Shazlin tapi hatinya masih mengingati Yasmin.
“Eh you ni,dah tentulah sebab I selalu cerita pasal You kat diorang. Diorang nak jumpa bakal menantu…”Shazlin tersenyum senang. Amru tahu Shazlin tidak bergurau walaupun kata-katanya diserikan dengan senyuman. Sudah..bala apa pula lah yang datang dalam hidup Am ni?
'bakal menantu?'
“Lin…kan I dah bagitahu you….bagi I masa. Lagipun…”
“Lagipun apa Am? You tak cintakan I? Okey tell me…apa sebenarnya yang ada dalam kepala you? You nak masa…dah berapa banyak masa yang I bagi kat you? ”Shazlin berang. Setiap kali diajukan persoalan tentang kahwin, Amru selalu mengelak. Kadang-kadang dia malu sendiri. Seolah-olah perigi cari timba. Tapi…lantaklah asalakan dia dapat hidup dengan Amru.
Dia akui pada awalnya dia hanya anggap Amru sebagai sahabat. Tapi lama kelamaan, perasaan itu bertukar menjadi sayang dan cinta. Puas dia tepis tapi wajah Amru juga yang menjelma.
“Lin…tak boleh ke kalau kita bersahabat saja? ”Terluah juga kata dari mulut Amru akhirnya.
“What? sahabat? Selama 1ni you cuma anggap I sebagai kawan je Am? Macam kawan-kawan you yang lain tu?” suara Shazlin sedikit meninggi.
“Please Lin..I tengah serabut. ”
"Then tell me macamana I nak hilangkan serabut you tu? Atau You ada orang lain Am?" Shazlin pandang Amru tepat-tepat.
"Tell me Am? Kalau You dah ada yang punya I tak akan paksa You." Suara Shazlin diturunkan.
Amru meraup wajahnya. Serentak dia mengangkat wajah, terlihat di kornea matanya sepasang kekasih sedang bergelak ketawa dihadapan mejanya. Mesranya..
sudah tentulah Am kan diorang tu pasangan kekasih.
‘Min…’nama Yasmin terlepas secara tdak sengaja dari bibir Amru, mujur Shazlin tidak perasan.
Yasmin sedang bercanda bersama Hanif.
Ternyata Yasmin sedang berbahagia. Dan tanpa diduga Yasmin juga membuang pandangnya kearah Amru. Dan sekali lagi mereka bertentangan.
Berdetup detap jantung Yasmin sama larinya dengan Amru.
“Am…you tengok apa? I cakap pun you tak dengar ni. ”Shazlin semakin berang bila Amru seolah-olah membiarkannya bercakap sendirian.
“Sorry Lin.”
“Dah lah Am. Jomlah. I dah tak ada mood…ingatkan bila keluar ini bolehlah hilangkan stress sikit. ”
Amru mengeluh.
“Sorry Lin…”
Shazlin berpeluk tubuh. Berang dengan sikap sambil lewa Amru kepadanya.
Amru bangun.melangkah ke kaunter pembayaran. Hanif turut sama bangun melakukan hal yang sama.
“Eh..Amru. You buat apa kat sini? ”Ramah Hanif menegur.
“Saja makan kat sini. You?”Matanya dikerling pada yasmin yang sedang duduk.
“Bawa tunang I yang sorang ni datang makan. ”
Yasmin cuba berlagak tenang. Berdetup detap jantung Yasmin marathon.
“Tunang? I tak tau you berdua dah bertunang?”
“Insyaallah I dah merisik, nanti bertunang dengan akad nikah terus buat sekali sahaja.” Hanif rancak bercerita.
“Tahniah.”Sekali lagi Amru dan Hanif bersalaman. Amru berlalu. Cerita pertuanangan Yasmin bagaikan cerita biasa ditelinganya.Itu yang Yasmin rasakan.
Yasmin hanya melihat kelibat Amru dan Shazlin meninggalkan Marina Wing ini.
“Jom Min…”Hanif menarik kerusi Yasmin.Yasmin cuba tersenyum walaupun hatinya terlalu sedih.
Min sedih tengok Am bahagia? Bukan kah dulu Min selalu doakan kebahagiaan Am?
“You tak suka ke dengan semua ni Min? ”
Yasmin memandang Hanif yang tenang memandu. Kasihannya Hanif kalaulah Hanif tahu Min gunakan Hanif kerana sakit hati pada Am. Mesti Hanif sedih kan? Maafkan Min ya Hanif. InsyaAllah Min tak akan lukakan hati Hanif. Cuma Min tak berani janji cinta Min ada untuk Hanif.
“I’m sorry Hanif .Bagi I masa untuk biasakan diri I dengan semua benda ni. Maaf kalau I dah menyakitkan hati you.”
“It’s ok Min.I faham keadaan You. I janji I akan cuba membahagiakan You. trust me. Ambillah berapa banyak masa pun untuk you terima I, I tetap akan tunggu Min. ”
Yasmin mengangguk. Baiknya Hanif. Sanggup tunggu Min cintakan Hanif . Perancangan pernikahan mereka di tunda. Yasmin tahu dia terlalu terburu-buru.
Dia tahu Hanif ikhlas. Kerana keihklasan Haniflah dia cuba menerima lelaki itu dalam hidupnya dan membuang Amru jauh-jauh .Tapi ternyata sezarahpun belum dapat nama Amru disingkirkan dari hati dan mindanya.
Hanif hantar Yasmin sehingga ke hadapan rumah sewanya. Berpisah bila azan maghrib berkumandang dari arah masjid. Beberapa kanak-kanak mula pulang ke rumah dengan basikal masing-masing. Penat bermain sepetang apatah lagi sekarang musim cuti sekolah. Hanif membelok keretanya dari arah kolej vokasional ke jalan hospital. Malas dia mahu bersesak di hadapan Kamdar. Tadi masa dia balik hantar Yasmin, ada kemalangan di traffic light hadapan Tesco itu. Dia menyewa di Sitiawan. Jauh sedikit dari Manjung. Adalah dalam 10 minit macam itu. Menyewa seorang diri. Tetapi nanti kalau dia sudah berkahwin dengan Yasmin dia ingat mahu beli sahaja rumah berhampiran Giant. Apartment Bukit permata di Teluk Muroh kebanyakan dihuni anggota TLDM lagipun dia tidak selesa kalau tinggal di apartment.
Banyak sebenarnya rancangannya selepas berkahwin nanti. Dia mahu berikan yang terbaik untuk Yasmin.
Hanif singgah sembahyang di masjid Manjung sebelum pulang. Doanya panjang, dan salah satunya dia mahu Allah berikan sinar dan kebahagiaan antara dia Yasmin.
Bab 14
PAGI ahad itu yasmin dikunjungi tetamu yang tidak pernah dijangkakannya. Amru datang berseorangan. Menanti diluar pagar sementara yasmin sedang bersiap. Entah kenapa Yasmin hanya menurut bila Amru ingin membawanya keluar pagi ini. Dari mana Amru tahu alamat rumahnya Yasmin tidak pasti.
Dia terfikir sendiri kenapa semudah itu dia menerima kehadiran Amru. Bukankah Amru sudah menyakitkan hatinya? Malah Amru sendiri sudah berpunya. Hanya satu jawapannya Yasmin. Kerana cinta dan sayang Min pada Am tak pernah berubahkan. Seperti sesetianya ombak memukul pantai. Setianya gelombang di tengah samudera.
Yasmin sendiri keliru bila Amru mengajaknya keluar hari ini. Apa tidak marahkah Shazlin? Hanif tiada disini kerana kembali berurusan di kuala Lumpur. Jadi kalau Hanif tiada bolehlah Min keluar dengan Am? Kan tipu diri sendiri namanya itu Min. Min tidak setia. Min mainkan perasaan Hanif. Kalau Hanif tahu Min keluar dengan Am pasti Hanif terluka.
Sekali lagi setelah lebih tiga tahun Yasmin kembali lagi dalam Honda crv milik Amru. Amru tetap segak walaupun hanya bert-shirt dan berjeans hitam. kewibawaannya sebagai pegawai tentera tetap menyerlah.
“Am nak bawa Min pergi mana ni? ”Soal Yasmin saat kenderaan Amru menghala ke arah Ayer Tawar.
“Kita pergi Kuala Kangsar.”Amru jawab tanpa pandang Yasmin.
“Pergi sana nak buat apa?”
“Kenapa?Min ada date dengan tunang Min ke hari ni? ”Pertanyaan Yasmin tidak dijawab sebaliknya Amru yang kembali menyoal.
“Hanif tak ada. Dia balik Kuala Lumpur. ”
Amru mengangguk. Biasa sahaja. Seolah tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut.
“Yang Am keluar dengan Min ni…girlfriend Am tak marah ke? ”
Amru ketawa kecil. Lesung pipitnya kelihatan sedikit.
“Min buat apa dalam tiga tahun ni? ”Pertanyaan Yasmin tidak dijawab. Amru kembali menyoal.
“Min kat Sabah. Uruskan projek kat sana. Am? Dengar kata Am pergi Lubnan.”
Amru pandang yasmin sekilas.
“Min tahu? Am kat Lubnan…setahun. Am pun baru je balik sini. ”Yasmin terdiam. Bagaikan kehilangan modal untuk terus berbicara. Amru juga sama.
“Min dah breakfast? Kalau belum kita berhenti breakfast dulu. ”Matanya dikerling kearah Yasmin.
“Dah. Min dah makan roti.Am?”
Amru turut mengangguk.
“Am dah sarapan dengan Izhar pagi tadi.”
“Cakap pasal Izhar….bila dia dengan Aina nak kahwin? ”
Yasmin bertanya. Terlupa dia nak bertanya tarikh perkahwinan Izhar dan Aina tempohari pada bekas mertuanya.
“ Mungkin end of this year.”
“Kenapa tak buat sekali dengan Am? Senang sikit. ”
Amru ketawa mendengar kata-kata Yasmin.
“Ketawa pulak…”
“Tak adalah…kalau buat sekali nanti orang tak perasan pulak Am yang jadi pengantin. ”Yasmin menahan rasa hati.Am ni tak payahlah nak sakitkan hati Min. Tapi kan Min dulu yang buka cerita pasal ini. Min yang sibuk-sibuk tanya pasal hal kahwin Am kan?
Satu jam setengah kemudian, kedua mereka tiba di Bandar diraja kuala kangsar. Amru menghentikan keretanya di taman permainan. keduanya duduk diatas kerusi batu mengadap kearah sungai Perak.
“Min ingat lagi tempat ni?”
Yasmin mengangguk.mana mungkin dia melupakan tempat yang menyimpan khazanah cintanya dengan Amru.
“Min ingat tak pertama kali Am bawa Min datang sini?”
“Min ingat. Masa tu Am kena uruskan hal kematian anggota Am kan? Kita pergi mckk, jalan-jalan kat istana, pergi muzium kenangan dan makan kat lembah tu kan.”
Amru ketawa kecil.
“Masa tu Min marah sangat dengan Am kan. Sampai Am pergi Teluk Aden pun Min tak hantar.”Yasmin ketawa kecil.Lucu mengenangkan hal lama. Masakan Min lupa bila Amru kena pergi selamatkan tebusan kapal Bunga Melati 5 yang ditahan lanun di Teluk Aden. Kerana marahkan kes Amru dan Maya dia tak hantar Amru. Kemudian risau pula kalau Amru tak balik dan mati dalam misi itu.
“Min ingat semua tu lagi?”
“Mana mungkin Min lupakan.”
“Min masih ingat segala-galanya tentang kita? ”
Yasmin mengangguk.
“Tak ada satu pun yang Min buang dari ingatan Min…Malam pertama pernikahan kita…kenangan di Venice park…di atas kapal masa kenaikan pangkat Am dan segala-galanya. ”Yasmin bersandar. Amru turut melakukan hal yang sama.
“Bermakna….Min tak pernah lupakan diri Am.betulkan?”
Yasmin pandang Amru.
“Kenapa Am tanya macam tu? ”
Amru menggeleng.
“Jodoh kita sesingkat pertemuan kita. ”Yasmin terdiam mendengar kata-kata Amru.
“Yang dah berlalu biarkanlah Am. Sekarang ni Am pun dah ada komitmen dengan seseorang. ”
Amru terdiam. Tiba-tiba tanpa iringan muzik Amru menyanyi. Matanya memandang Yasmin tajam sambil bibirnya menyanyi.
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami….
Kerana kau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini…
Tak semudah yang kita janjikan…
Yang kita inginkan..
Kerana kau isteriku…
Airmata yasmin tumpah. Lagu yang Amru pernah dendangkan buatnya satu waktu dulu.lagu yang Amru letakkan harapan di dalamnya .Lagu yang memberi cukup makna buat dirinya dan Amru. Lagu yang Amru hadiahkan pada nya semasa majlis tari menari dia di atas kapal KD Mahawangsa dulu.
Lagu ini maknanya cukup bernilai. Harapan dari seorang suami yang telah diletakkan isterinya di satu tenpat yang laing mulia dan indah dalam hati seorang lelaki.
“Min bukan wanita mulia tu kan. Min tak pernah tahu dan kenal hati budi suami Min.”Amru memandang yasmin.
“Kenapa Min cakap macam tu?”
“Min tahu Am seorang lelaki dan suami yang baik. Min tak menyesal berpisah dengan Am sebab Min tahu Min bukanlah yang terbaik buat Am.”
“Dan Am juga bukanlah terbaik buat Min…”Amru memandang ke tengah sungai Perak. Bot penumpang ke Sayong sedang bergerak laju .menimbulkan buih-buih disekelilingnya.
“Kenapa Am cakap macam tu?”
“Kalau Am suami yang terbaik…tentu sekali Min tak pergi mahkamah syariah. ”Amru masih tenang. Walaupun bicara antara mereka bagaikan samudera yang sedang bergelora.
“Min tahu Am tak salah….”Kali ini pandangan Amru menghala kearah Yasmin.
“Habis tu kenapa Min nak berpisah juga?”
“Entahlah. Macam-macam yang Min fikir waktu tu. Mungkin Min lebih turutkan kata hati.”
“Semuanya dah jadi Min. Tak guna kita nak menyesalinya. Terlajak perahu boleh kita undur terlepas kata.....”
‘Ya Am…semua dah berlalu. Dan sekarang Min dah kehilangan Am buat selama-lamanya. Bisik Yasmin sendiri.
"Min menyesal berpisah dengan Am/?" Soalan Amru, Yasmin tak tahu nak jawab macamana.
"Min tak ada jawapan cumanya apa yang jadi sekarang pasti ada hikmah, Am. Min tak nak kita simpan dendam. Min dan Am masing-masing sudah ada komitmen."
"Min dah lapar?" Amru tukar tajuk tiba-tiba. Mungkin malas mahu mengungkit cerita lama.
"Am ni kan tengah sembang hal serius tiba-tiba sebut lapar pula."
Yasmin tergelak.
"Karang Min pengsan lapar kat sini, letih pula Am nak bawa pergi hospital."
Spontan Yasmin cubit lengan Amru. Seketika diam, mata berpandangan.
"Sorry Am tindakan refleks." Yasmin tarik tangan cepat-cepat.
Amru senyum kecil sambil menunduk. Dahulu masa duduk engan Min memang dia selalu kena cubit.
"Dah lama Min tak cubit Am kan. Sesekali kena macam ini best juga."
'Am tak tahu Min bukan sahaja nak cubit Am tapi Min nak buat lebih dari itu.'
"Min?"
Panggilan Amru buatkan bibir Yasmin yang menguntum senyuman cepat-cepat matikan senyumannya.
"Alah Am tahu apa dalam hati Min."
"Maksud Am?" Soal Yasmin.
"Am tahu Min nak lebih dari itu kan?"
Yasmin besarkan matanya.
"Am!"
Amru sudah berjalan ke kereta dengan ketawa besar. Malunya Yasmin usah dicakaplah. Yasmin ikut juga langkah Am ke kereta yang diparkir berhadapan padang sekolah Raja Perempuan Kalsom seberang jalan taman kanak-kanak Kuala Kangsar.
Kedua mereka menikmati makanan tengahari di Arena Square. Yasmin hanya mendiamkan diri sehinggalah Amru bersuara. Masih malu dengan apa yang terjadi tadi.
“Next week ada majlis old boys kat mc. ”Amru terus menyuap nasi dipinggannya. Bibirnya rancak bercerita. Majlis Old Boys bagi bekas pelajar-pelajar yang pernah bersekolah di KOlej Melayu kuala Kangsar.
“Am pergi? ” soal Yasmin.
Amru mengangguk.
“Majlis reunion old boys 90-94. And all my friends will attend with their spouses. ”
Yasmin diam lagi. Dulu Amru pernah berjanji untuk membawanya ke majlis itu. Tapi waktu itu dia masih isteri Amru. Sekarang sudah tentulah Shazlin yang akan kesana.
“Next week boleh Min ambil cuti dalam tiga hari? Friday,Saturday and Sunday? ” Soalan Amru buatkan suapan Yasmin terhenti.
Yasmin mengangkat sedikit wajahnya.
“Kenapa nak suruh Min ambil cuti pulak? ”Amru ketawa kecil ketawanya seolah menyembunyikan sesuatu.
“Am.. Am nak bawa Min pergi majlis tu nanti. Kan Am pernah berjanji dengan Min dulu. ”
Yasmin memandang Amru. Amru turut sama memandang Yasmin dengan pandangan yang sukar Yasmin mengertikan.
“Tapi waktu tu Min masih wife Am. Sekarang kita dah tak ada apa-apa hubungan. Orang yang sepatutnya Am bawa ialah bakal isteri Am. Bukannya Min. Dan tak ada sebab kenapa Min perlu temankan Am. ”Yasmin berterus terang.
“Kalau Am nak bawa Shazlin Am tak ajak Min…..Atau Min takut Hanif marah? ”
Yasmin menggeleng. Dia dan Hanif belum ada apa-apa ikatan yang sah. Hanif tak perlu marah padanya.
“Buat apa dia nak marah? Dia belum lagi jadi suami Min..”
Amru mengangguk. Tiada riak cemburu atau marah.
“Jadi..Min boleh temankan Am? ”Permintaan Amru bagai satu arahan.
“Min tak janji. Kalau Min tak ada hal. Tapi Shazlin tak marah ke Am bawa Min pergi sana? ”
Amru tersenyum lagi. Senyuman yang mampu membuatkan tangkai jantung Yasmin tercabut dari kedudukannya.
“Lepas ni kita pergi beli kain. Am rasa sempat lagi nak buat baju. ” Amru pandang Yasmin. Tanpa disuruh dia buangkan kerengga yang mula meniti di lengan baju Yasmin. Kerengga dari pohon mangga tepi sungai ini agaknya.
Yasmin mengerutkan keningnya. Amru langsung tak jawab persoalan tentang Shazlin.
“Beli kain? Min dah banyak bajulah… ”Yasmin ketawa. Jelas hanya untuk menutup debaran didada.
“Am tahu tapi Min ingat tak Am pernah bagitahu Min yang wife pun kena pakai baju yang sama macam husbandkan.” Amru mengingatkan Yasmin tentang ceritanya satu waktu dahulu tentang majlis Old Boys.
Yasmin diam seketika. Dia menunduk.
“Tapi Min bukan wife Am lagi.” Yasmin jawab perlahan, masih menunduk.
“Kalau Min tak nak tak apa. Am tak paksa….”
Yasmin ketawa kecil.
“Ok..kita nak beli kat mana? ”
Amru ketawa dan terus ketawa. Yasmin turut tersenyum. Hari ini setelah lebih setahun…dia merasakan bahagianya datang seperti dulu. Biarpun cuma seketika namun hati Yasmin melonjak gembira.
"Am tahu satu tempat yang best untuk shopping. Jom kalau Min dah habis makan."
Yasmin mengangguk. Fresh orange dalam gelas disedut buat penghabisan kalinya. Lantas dia mengikut langkah Amru.
Seharian mereka menghabiskan masa berdua. Sekalipun Amru tidak mengungkit lagi kisah silam mereka. Buat pertama kali setelah lebih tiga Yasmin merasakan dia adalah Yasmin yang dulu.
Menjadi Yasmin sewaktu bergelar isteri Leftenan Komander Amru Iskandar.
“Em, dulu Min tak pernah pergi BAKAT LAUT kan? ” Amru bersuara bila keduanya sudah dalam CRV Amru.
Yasmin sedikit pelik.
“Masa Min jadi isteri Am dululah… ”
Ish Am ni baru tadi tak nak ungkit hal dulu.Ni…
“Apa tu? Min tak tahu pun.” Yasmin pernah dengar BAKAT cumanya belum tahu sepenuhnya.
“Kira macam untuk wife-wife tentera ni lah. Ada BAKAT DARAT untuk wife army, BAKAT UDARA untuk airforce dan laut dah tentulah BAKAT LAUT. Macam-macam aktiviti diorang buat, masak, menjahit, menyulam macam-macam lagilah. Tapi selalunya wife yang tak kerja lah aktif pun. Dulu kan Min sibuk dengan kerja. Sebab tu Am tak pernah suruh Min pergi. ”
Yasmin menganggguk faham. Dia pernah dengar pasal BAKAT ni.
Tentu seronok kalau dulu Am bagi Min pergi. Tentu kawan-kawan Min kat Lumut dah ramai. Silap-silap boleh buat persatuan dah.Persatuan isteri-isteri teraniaya ke Min? Hish..Am mana pernah abaikan Min. Apa yang berlaku dulu semua sebab Alina dan Maya.
Yasmin memandang Amru yang sedang memandu. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri.
"senyum-senyum tengok Am, nanti Am tak hantar Min balik, Am bawa balik rumah Am."
Amru tersenyum nakal. Sungguh hatinya tidak keruan.
"Am jangan nak buat pasal. Kisah kita dah lama berlalu, Am. Yang ada sekarang ini cuma masa hadapan."
Amru menganggu perlahan-lahan. Pemanduannya diteruskan.
"Ya Min, kisah kita dah lama berlalu. Yang ada sekarang kisah Min dan Hanif."
"Bukan sahaja kisah Min dan Hanif tapi juga kisah Am dan Shazlinkan?""
Amru mengangguk. Yasmin semakin jauh hati. Amru langsung tidah menafikan bila Min cakap soal Amru dan Shazlin.
Amru diam. Yasmin melampiaskan pandangannya ke luar. Deretan pohon-pohon getah di sepanjang jalan Beruas tersusun cantik. Daud-daun getah yang kekuningan mula berguguran menghiasi sepanjang jalan. Yasmin teringat waku kecil dahulu bila mak bawanya pulang ke Kampung, dia suka ke kebun getah. Mendengar buah-buah getah yang meletup di angkasa atau sahaja mengutip biji-biji getah yang jatuh bermain congkak tanah.
"Am pernah main congkak tanah?" Yasmin pandang Amru tiba-tiba.
"Congka tanah? Apa tu?" Soal Amru. Menjeling seketika pada Yasmin disebelah.
"Congkak tanahlah. Kita korek lubang kat tanah lepas tu cari biji-biji getah, kemudian main congkak."
"Entah, Am tak tahu. Biji getah tu boleh dibuat main ke?"
"Entah, Am tak tahu. Biji getah tu boleh dibuat main ke?"
"Bolehlah Am. Dulu, Min suka kumpul banyak-banyak tau."
Amru menganguk. Tiba-tiba Luqman beri signak ke kiri dan terus berhenti di atas rumput di tepi jalan. Yasmin terkejut.
"Am nak kemana, berhenti kat sini?"
Amru buka talipinggang keleda. Dia tersenyum ada Yasmin.
"Jom, kita cari biji getah."
Telunjuknya menghala ke arah kebun getah di tepi jalan.
"Ish merepeklah Am. Ini kebun oranglah."
Yasmin pandang ke kiri dan kanan.
"Kita ambil biji getah sahajalah. Bukan curi getah. Jom." Amru sudah keluar dari kereta. Mahu tidak mahu Yasmin ikutkan juga perangai Amru. Bimbang juga kalau orang tangkap kata diorang mencuri.
"ini kan biji getah?"
Amru tunjukkan biji geah yang dikutip dalam telapak tangannya. Yasmin mengangguk. Amru mula mengumpul biji-biji getah didalam bajunya. Dalam kehairanan, Yasmin tersenyum dengan kerenah Amru.
'Sukarnya meneka hati Am...'
Hampir satu plastik penuh biji-biji getah yang mereka kumpulkan. Amru kembali menyambung pemanduan.
"Am nak buat apa biji-biji getah tu semua?"
"Bila-bila nanti kita main congkak tanah yang macam Min cakap tu ya."
Yasmin menunduk. Hatinya pilu tiba-tiba. Adakah bila-bila itu Am? Dia pandang Amru dari tepi. Kalaulah Min tak ikutkan hati.
"Min? Min dengar tak apa yang Am cakap.?"
Yasmin bagai baru tersedar dari alam nyata.
"Am tanya apa?" Yasmin pandang plastik berisi kain ela yang dibeli tadi. Dia tidak mahu Amru tahu dia sedang bersedih.
"Am tanya, Min nak tempah kat mana baju tu. Makesure orang tu boleh buat cepat-cepat."
Yasmin senyum kecil.
"Min tahulah kat ,mana Min nak tempah."
"Min..Min..."
Dari dalam kereta Yasmin nampak sekumpulan beburung yang sedang terbang melintasi mereka ke dahan untuk berteduh barangkali.
Bab15
“YOU pergi mana Am? I call tak jawab. I cari You kat rumah tak ada sampai sehari suntuk ”
Amru hanya mendengar Shazlin membebel di hujung talian. Dia berbaring diatas katil.
“I ke kuala kangsar. ”Amru jujur. Yelah memang dia ke Kuala Kangsar. Cuma Amru tak tambah..’Am ke kuala kangsar dengan Min. Siapa Min tu? Bekas isteri Am..’Kalau bagitahu rasanya marah Shazlin jadi gunung berapi yang nak meletup kot.
Semenjak dua menjak ini Shazlin memang sudah benar-benar anggap Amru sebegai kekasih.
“Pergi sana buat apa? Dengan siapa? ”Soalan Shazlin berbaur curiga. Amru mengeluh. Bosannya kena soal siasat macam ni.
“Kenapa dengan you ni Lin? I’m tired. ”Amru memandang syiling. Dia berbaring diatas katil. Diluar Zarul dan Izhar sedang rancak menonton dvd Iron-man.
“You ni kenapa Am? Dulu tak macam ni pun. Okeylah since you tengah tired…I tak nak ganggu. Bye.”Shazlin mematikan talian. Amru mengeluh. Dia bangun dari katil dan melangkah keluar. Berkumpul bersama teman-temannya yang sedang menonton dvd.
“Kau ni kenapa Am? Aku tengok letih semacam je? ”Zarul bertanya. Mulutnya sibuk menguyah kacang goreng. Dia baru sampai dari kampung. Malas nak masuk base, dia lepak kat rumah Amru. Bolehlah tengok dvd.
“Kau keluar dengan kapten tu ke tadi? Aku call pun tak jawab. ”Izhar pula menyampuk. Izhar ni sebenarnya lebih kepada nak korek rahsia Am. Bukan dia menyibuk sekadar nak tahu perkembangan diri Amru. At least boleh jugalah dia share dengan Aina.
“Aku keluar dengan Min.Pergi kuala kangsar. ”Amru bersahaja. Menguyah kacang goreng. Sedangkan izhar sudah ternganga. Biar betul Am ni? Betullah Izhar..Am tu mana pernah menipu.
“Min? Maksud kau Yasmin Nur Raihan? ”Izhar macam tak percaya .Amru mengangguk.
“Kau biar betul Am? ”Zarul semakin berminat ingin tahu.
“Apa faedahnya kalau aku tipu korang? ”Matanya tertumpu di kaca televisyen.
“Habis tu tunang dia tak marah ke? ”Amru hanya menjungkitkan bahu. Peduli apa Amru, Hanif nak marah atau tak. Malah kalau ikutkan hatinya nak sahaja dia bagitahu Hanif siapa dia pada yasmin.
Izhar dan Zarul memandang antara satu sama lain. Bagai ada kata-kata dalam hati masing-masing yang tidak terluah.
“Am…aku nak tanya kau somethinglah. ”Izhar duduk bersila.
“Apa dia?” Amru sudah tahu hala tuju soalan Izhar.
“Kau dengan kapten tu ada apa-apa ke? Yelah maksud aku ada something special ke between korang berdua.? Ayat paling senang korang berdua bercinta ke? ”Kan senang tanya terus je macam tu Izhar.
“Susah aku nak cakap Iz. Tapi aku tak nafikan Lin memang ada perasaan kat aku. Dah banyak kali dia ajak aku kahwin. ”Izhar dan Zarul semakin berminat. Yelah setahun lebih tak pernah dengar cerita Amru yang banyak kontroversi dulu. Dengan Maya lah..kes khalwat lah…bercerailah.Tu belum masuk pasal Alina yang diorang sendiri pun tak kenal.
“Habis tu kau jawab apa?”
“Tak ada apa.”
“Kau nak tunggu apa lagi Am? Min pun dah nak kahwin..”Zarul memberi pendapat. Bukan niat Zarul nak suruh Am lupakan Min. Cuma bagi dia kalau Yasmin dah jumpa kebahagiaannya kenapa Amru perlu terus memendam rasa. Cuma dia tidak pastilah kalau Yasmin memang cintakan mamat Hanif tu atau ada cerita di sebaliknya.
“Kau masih sayangkan Min, Am? ”Amru tidak menjawab. Sebaliknya dia melepaskan keluhan kasar. Matanya memandang dinding biru yang kosong. Tiba-tiba kenangannya bersama Yasmin kembali diruang mata. Bagai terbayang-bayang Yasmin sedang duduk menyandar sambil menonton televisyen disini dulu. Ah kenangan…pergilah sejauhnya dari hatiku.
Izhar dan Zarul..diam Am menjawab segala teka teki dan persoalan perasaan Amru pada Yasmin. Jawapannya..Ya..Amru masih menyintai yasmin.
LK TLR Wan Izani masuk mengadap Amru yang sedang tekun menulis di meja.
“Ada apa? ”Dia memandang sekilas selepas membalas tabik hormat anggota bawahannya. Dia memang tidak suka diganggu kalau sedang bekerja. Melainkan kalau ada hal penting.
“Tuan…saya nak minta cuti emergency. ”Kali ini barulah Amru mengangkat wajahnya.
“Kenapa leading?”
“Mak saya dimasukkan ke hospital. Tenat tuan!”
“Ok…awak boleh cuti tiga hari mula hari ni kalau ada apa-apa telefon saya dan buat sambungan cuti, mak awak kat hospital mana? ”Amru cukup mengambil berat tentang hal-hal kebajikan seperti ini.
“Di hospital besar ipoh. Wad 8a. ”Amru mengangguk.
“Baiklah nanti saya akan cuba kesana bersama beberapa anggota kita. Buat masa ni awak buat cuti dan terus kesana.”
“Terima kasih tuan! ”Amru hanya mengangguk. Dia berkira-kira akan melawat ibu anggotanya pada pagi esok dengan anak-anak kapal yang lain. Itu memang kewajipannya sebagai seorang ketua. Sekalipun tidak, kewajipan dia sebagai seorang manusia, nantilah dia berkira-kira nak kutip derma kilat untuk LK TLR Wan Izani. Itu sahaja yang mampu dia tolong. Yelah, Am bayangkan kalau mama yang sakit. Sudah tentu sebagai anak dia sedih. Macam tu juga orang lain. Yang tak sedih kategori ‘anak derhaka.’
Amru menongkat dagunya dengan kedua tangannya, fikirannya kosong bagai tiada apa yang difikirkan. Merenung jauh ketengah lautan dari tingkap kapal laut sedikit bergelora hari ini. Sudah beberapa hari hujan turun tidak berhenti. Mujur semua operasi dibatalkan. Cuma nanti mereka akan belayar ke pulau palawan di kepulauan Indonesia. Mungkin selama dua atau tiga minggu. Itu rutin kapal. Dari arah sisinya dia melihat anak-anak kapal Tunas samudera sedang bertugas. Dahulu selepas rekrut, kapal itulah kapal pertamanya.
Seteduh grahara….bila mendung tak terasa panasnya. Tapi dia mahu menjadi seteguh garahara yang dipukul ombak badai tetap sahaja manusia takut dengan kuasanya. Bukan kuasa grahara itu tapi kekuasaan Allah swt ke atas lautan luas itu yang digeruni manusia. Lihat sahaja kisah tsunami 2004, hanya sekali grahara bersuara, kesannya sehingga manusia mahu menitiskan airmata darah.
Tiba-tiba bayangan KD lekiu yang baru pulang dari operasi melintasi Amru. Ingatan kepada Tsunami dilepaskan dari minda.
KD Lekiu, Kd Jebat, KD Jerai…semua tu kapal yang pernah dia bertugas selama lebih 13 tahun dalam TLDM. Pelbagai memori pahit manis dia lalui selama bergelar Navy. Tapi semua kenangan itu menjadi kenangan terindah dalam hidupnya saat ini. Kenangan yang akan dia kenang sehingga hujung nyawanya.
Seperti kenangan dengan Yasmin kan Am…
‘Indahnya kenangan manisnya impian..’
Amru menuruni dek ke bawah. Dia mahu turun ke daratan untuk ke KD Malaya. Berpeluh sedikit dahinya bila sang mentari mula garang menyerlakan sinarnya. Belakang uniform birunya sudah disimbahi peluh.
"Assalamualaikum tuan!" seorang pegawai PSSTLDM memberi tabik hormat.
"Waalaikumusalam." Amru sekadar tersenyum. Tidak mahu ada yang tersalah anggap padanya. Kalau-kalau ada pula Leftenan Maya Athira yang kedua, naya sahaja dia. Tengoklah bila dia baik dengan mana-mana wanita pasti ada yang salah faham.
Baru sahaja dia mahu ke arah parkir kereta, dia nampak Yasmin dan Hanif yang baru tiba. Mungkin ada urusan barangkali atau ada masalah kapal yang mahu dilihat.
Yasmin dan Hanif kelihatan secocok berdua. Ada keserasian kalau tidak masakan Yasmin mampu tersenyum dan ketawa disisi Hanif Zakri.
Amru paksakan juga kaki ke arah keduanya. Ada seorang wanita lain bersama mereka. Siapa? Amru malas mahu ambil tahu.
"Datang buat pemeriksaan ke?"
Amru dan Hanif berjabat tangan. Yasmin sekadar memerikan sedikit senyuman.
"Ya ini puan Fara Diba jurutera perunding sistem, nak tengok pasal kerosakan sistem tempohari." Hanif memeprkenalkan Amru pada Fara Diba.
"Oh okeylah nanti leftenan Alvin akan bawa kamu semua. Saya pergi dahulu ada urusan di KD Malaya." sekali lagi tangan keduanya berjabat. Amru terus berlalu. Yasmin masih memandang.
Bab17
KIRIMAN sms Amru sedikit menggusarkan perasaan Yasmin. Dari mana Am dapat nombor telefonnya Yasmin kurang periksa. Tapi Amru semuanya mudah kalau mahukan informasi.
+Min buat apa ?
-Tak ada apa -apa, kenapa ?
+Saja, Am pun tak buat apa. Okeylah.. Bye.
Yasmin terdiam seketika. Beberapa kali telefon bimbitnya ditelek.
+Am ni kenapa ? Dah tak ada kerja ? Dia menghantar pesanan pada Amru. Telefon bimbit diketuk-ketuk di kepalanya.
Beberapa saat kemudian, baru Yasmin terima balasan dari Amru.
-Sebab Am tak ada kerja apa-apalah Am mesej Min. Nak dating tak ada girlfriend malam ini. :)
Yasmin gigit bibir menahan geram.
Habis tu kalau girlfriend Am tak ada, Am kacau Min lah. Ingat min ini spare part Am ke?
Yasmin duduk menyandar didinding batu. Komputer ribanya masih terbuka dengan segala bahan kerja yang masih belum selesai. Sudahlah kepalanya sakit dengan kerja yang menimbun, Amru pula hantar mesej macam ini. Sakit hati Yasmin.
Kenapa Min cakap macam itu. Am tak pernah anggap pun Min macam itu. Sia-sia Min dapat dosa malam ini fitnah Am.
Okeylah Min pun tak nak kumpul dosa. Min nak tidur dah ini.
Yelah orang tak nak layan kitakan...nasib badanlah.
Yasmin mengeluh. Dia keliru dengan sikap Amru. Apa yang Amru mahu sebenarnya.
Tanpa membalas mesej Aru telefonnya dimatikan.
Lama selepas itu dia menerima sekali lagi mesej Amru.
Min tak rindukan Am ke malam-malam ini.
Yasmin tersenyum sendiri. Tak rindukan Am? Am tahu tak Min rindukan Am separuh mati?
Kenapa? Am rindukan Min ke?
Kalau Am rindukan Min pun dah tak guna sebab rindu Min dah jadi milik Hanif. Selamat berbahagia Min.
Yasmin mengeluh. Bingung dengan sikap Amru. Kalau Amru sudah punya Shazlin dan dia juga ada Hanif kenapa hatinya bergetar dengan sms Amru. Teringat janjinya dengan Amru minggu ini, dia bingung. Hanif mengajaknya pulang ke rumah bertemu orang tuanya. Tidak tahu alasan apa yang perlu diberi kepada Hanif. Untuk berterus terang, Yasmin takut. Apatah lagi dia telah menerima lamaran Hanif. Sikap Amru….
Tapi kenapa ya sms Amru buatkan Yasmin tersenyum sendiri ? Akhirnya Yasmin terlena sendiri.
“Hai…apa yang you menungkan? ”Hanif duduk dihadapan Yasmin. Yasmin cuba tersenyum.
“Tak ada apa. Tak balik lagi? ”Hanif menggeleng.
“Macamana I nak balik, kalau You pun tak balik lagi. Nanti kalau jadi apa-apa kat you apa I nak jawab dengan orang tua you… ”Yasmin ketawa kecil.
“I dah besarlah Hanif. Tak payah risau I boleh jaga diri I .You tu yang kena rehat banyak-banyak. Lately you banyak sangat kerjakan. ”Yasmin kasihan dengan Hanif yang kerap berulang alik antara Kuala Lumpur dan Lumut.
“Lepas kita kahwin I ingat nak ambil cuti panjang. You nak pergi mana Min? Just tell me and I akan bawa you. ”Yasmin tersentak. Tiba-tiba dia teringat Amru pernah berjanji untuk membawanya menaiki kapal, The cruise. Tapi semuanya hanya tinggal kenangan. ’indahnya kenangan manisnya impian..’
Min sedih lagi.
“Nantilah I fikirkan. ”Hanif tersenyum. Betapa dia amat menyayangi wanita ini. Bagai bulan jatuh keriba saat Yasmin menerima lamaran darinya tempohari. Siapa sangka siapa menduga Yasmin menerima lamarannya walaupun mereka berdua belum ditunangkan secara rasmi. Tapi dia sedikit bahagia melihat cincin risik yang tersarung di jari manis Yasmin.
Tapi ikhlaskah Yasmin menerimanya ?
Hanif kembali ke biliknya. Dari dalam cermin lutsinar dia nampak jelas Yasmin yang kembali termenung.
'Ada apa dalam fikiran wanita itu?'
Hatiny tetap tertanya-tanya. Yasmin menerima dia tapi dia tidak nampak kegembiraan Yasmin. Dia juga tidak mahu hubungan yang dibina atas dasar paksaan. Dia mahu Yasmin menerimanya kerana dia Hanif Zakri bukan kerana rasa serba salah.
Hanif tarik nafas panjang. Sebuah keluahan dilepaskan. Kertas-kertas kerja yang berselerakan diatas mejanya tidak lagi menarik perhatian. Lantas dia capai kunci kereta dan terus keluar.
Hanif meneliti satu demi satu lauk pauk di atas meja panjang. Tak begitu ramai orang di restoran Silaturahim tengahari ini. Mungkin belum waktu makan tengahari. Entah kenapa hari ini dia tidak ajak Yasmin untuk makan sekali. Tadi niatnya cuma mahu berjalan-jalan seketika tapi terlajak ke mari dia mengisi perut dahulu. Restoran yang terkenal dengan ulam-ulaman dan ikan bakar yang sedap. Terletak pula di jalan menghala ke Teluk Batik ramailah pengunjung yang singgah apatah lagi dengan anggota-anggota tentera laut di dalam base berhadapan jalan ini.
Hanif memilih ikan siakap bakar ber saiz kecil dan sedikit ulam-ulaman dan air asam. Memilih satu tempat yang sedikit tersorok di penjuru. Baru suapan pertama mahu singgah di mulut satu suara memberi salam. Hanif berpaling. Dia tersenyum pada komander TLDM yang menegurnya ini.
"Tuan Amru Iskandar makan juga ke?"
Amru mengangguk dan tersenyum. Zarul turut sama bersalaman dengan Hanif bila iperkenalkan Amru.
"Seorang ke?"
Hanif mengangguk lantas dipelawa Amru dan Zarul bersama di mejanya.
"Awal tuan Amru makan?"
Amru ketawa kecil.
"TAk payahlah panggil saya tuan. Panggil nama sahaja dah. Tadi ada urusan sikit di Manjung, kemudian teruslah datang makan kat sini. Em.. Tunang mana?"
Hanif senyum. Zarul cuma buka telinga. Dia tidak kenal siapa Hanif ini. Kata Am ini jurutera yang bekerjasama dengan Boustead untuk projek KD Maharani.
"Saya keluar seorang sahaja."
"Bestlah orang dah bertunangkan. "
Cuba berselindung rahsia hatikah Am?
"Tak ada yang bestnya , biasa sahaja. Mungkin baru nak memulakan perhubungan." Hanif berkata jujur. Sedikit nyaman bila ada udara yang menghembus. Harapkan kipas dalam restoran kadang-kadang kena kadang-kadang tidak.
"Oh sorry tapi kalau masing-masing dah suka okey saja kan."
"Hati perempuan ini Amru, susah kita nak duga. Kalau dihadapan kita dia tersenyum dalam hati belum tahu."
"Ialah hati manusia susah kita nak duga."
Cuma Am sahaja yang tahu hati Min.
"Slow-slow lah Hanif nak tackle hati perempuan ini bukan macam beli coklat kat pasaraya."
Zarul pandang Am seketika. Jarang Amru berminat kalau bicarakan topik wanita dan cinta kenapa ya boleh macam ini pula. Amru perasan cara pandang Zarul. Dia tahu hati Zarul tertanya-tanya. Tapi biarlah.
"Insyaallah ada jodoh tak kemana kan?"
Hanif ketawa sedikit.
MALAM itu hati Yasmin sekali lagi diduga dengan panggilan telefon Amru. Sekadar bertanyakan tentang baju yang akan dipakai sewaktu old boys nanti.
“Dah siap ke Min tempah hari tu? ”
Yasmin sedang berbaring di katil bujangnya dengan telefon melekap ditelinga. Dia baru pulang bertemu Hanif.
“Dah siap, Petang tadi Min pergi ambil Am kat mana ni?”
“Kat rumah, baru balik makan.”
“Dengan Shazlin? ”Yasmin tahu serkap jarangnya mengena.
“Min dah makan? ”Seperti biasa Amru tidak menjawab sebaliknya dia menyoal Yasmin.
“Kenapa tak jawab soalan Min?”
“Penting ke Min nak tahu jawapannya?”Soal Amru.
“Okeylah Min andaikan tekaan Min tadi betulkan. ”
Amru diam.
“Kenapa Am diam? ”
Yasmin buka sedikit tingkap merenung jalanraya yang diterangi lampu jalan.
“Dah tahu buat apa nak tanya. Min buat apa tu? ”Amru menyoal seolah tidak berminat untuk memanjangkan perkara tersebut.
“Min baru sampai rumah. Baru habis solat.”
“Min keluar tadi?”
“Min keluar dengan Hanif.”
“Pergi mana? ”
Yasmin pelik. Kenapa Amru nak tahu.
“Saja jalan-jalan…kenapa? ” Yasmin soal sinis.
Amru ketawa kecil.
“Tak ada apa-apa. Esok Am kena belayar tiga hari. Pergi Langkawi. Min nak kirim apa-apa ke? ”Yasmin hairan. Kenapa ditanya pada Yasmin. Sepatutnya soalan itu buat Shazlin. Yasmin teringat pada Kristal Langkawi hadiah Amru.
“Tak ada apa-apa Am. Cuma harap selamat pergi dan selamat kembali.” Pesannya ikhlas. Tiada niat apa-apa.
“Hadiah Am dari Langkawi dulu masih ada? ”
Mata Yasmin memandang kristal bertuliskan namanya yang diletakkan dimeja solek Kristal pemberian Amru sebelum dia ke Jepun dulu.
“Min simpan lagi. Tak satupun dari Am yang Min buang.”Yasmin sebak. Kenapa sedih Min? Bukankah Min yang buang Amru dari hidup Min? Memaksa Amru melafazkan talak sedangkan Min tahu itu bukan kehendak Amru?
“Tapi ada satu dari Am yang dah Min buang.”
“Apa?”
“Hati Am. Good night Min…”Amru mematikan talian. Airmata Yasmin merembes laju.
“Am…maafkan Min…this is a price that I’ve to pay. Telefon bimbit dilekapkan didada. Wajah Amru dan Hanif silih berganti.
Bab 20
PUAN ASIAH memandang wajah Aina Maisarah. Mencari kebenaran dalam ayat anak dara nya ini. Tapi Aina bukannya jenis yang suka buat cerita.
“BETUL ma…takkan abang Izhar nak tipu Aina kot. ”Aina cuba menyakinkan mamanya. Ini dah masuk kali keenam. Kalau mama tak percaya juga tak tahulah Aina nak cakap apa?
“Tapi macamana pulak tu? Kak Min kan dah nak bertunang. ”
“Mama suka ke kak Min bertunang? ”Aina menduga.
“Aina tahukan..kak Min tu mama dengan papa yang pilihkan untuk abang Am. Tapi dah kuasa Tuhan…tak ada siapa yang boleh halang. Kalau ikutkan mama biarlah jodoh diorang sehingga ke akhir hayat. Dah macam-macam yang diorang berdua tu lalui tapi yelah.. Allah tu maha mengetahui. Sampai situ je jodoh abang Am.”
“Tapi abang Izhar sendiri cakap abang Am bawa kak Min pergi Kuala Kangsar. Abang izhar cakap abang Am selalu call kak Min.”
“Kalau betul macam tu baguslah, mama pun masih berdoa ada jodoh antara mereka. Tapi kalau dah tak ada nak buat apakan…”Aina memandang ibunya. Walaupun hubungan keluarganya dengan Yasmin terputus, tapi dia tahu mama dan papanya masih mengharap Yasmin kekal sebagai menantu mereka…kembali sebagai isteri Amru.Tapi Amru…..
Aina selalu bercakap dengan Izhar tentang Amru. Kata Izhar gambar-gambar Yasmin masih menghiasi kamar peraduan Amru. Kata Izhar lagi dia yakin Amru memang masih sayangkan Yasmin.
‘Harap-harap mereka masih ada jodoh.’
Teringat Izhar dia pun tak tahu macamana boleh sangkut kat mamat skema tu. Yelah Izharkan kawan baik Amru. Abangnya sendiri. Nanti-nanti bila diorang kahwin apa pulak Izhar nak panggil Am? Abang Am? Ish macam tak kena je.
Sebenarnya bukan Izhar yang tackle Aina dulu. Aina Maisarah yang dulu bersms dengan Izhar. Entah macamana hati Izhar cair dengan ‘minah gedik’ ini.
Bila Aina fikir macam kelakar pula. Yelah temannya yang lain sibuk buat praktikal kat hospital dia pula sibuk nak kahwin. Padahal usia tu muda lagi.
Aina jawab senang je..jodoh dah sampai…
Bab21
AMRU berteleku disisi pusara yang dimarmar putih. Tulisan diatas nisan dibaca perlahan. Sedaya upaya dia menahan sebak didada. 15 belas tahun telah berlalu. Mungkin saja jasad nadia sudah dimamah bumi.
“Nadia…Am datang. Maafkan Am kerana lama tak datang sini. Am tak ada kekuatan Nadia. Selama setahun Am ke Lubnan. Maafkan Am…tapi Am tak pernah lupakan Nadia dalam setiap doa Am. Banyak benda yang Am tak boleh simpan sendiri. Am perlukan seseorang untuk Am luahkan semuanya. ”Amru tahu Nadia tak mungkin mendengar semua ini. Tapi biarlah dia anggap Nadia sedang mendengarnya. Diluahkan segala rasa hatinya pada nisan putih ini. Seolah-olah Nadia dihadapannya. Seolah-olah Nadia masih hidup .Seperti satu waktu dulu. Ketika dia sedih, gembira semua itu dicurahkan pada Nadia. Nadia seorang pendengar yang setia.
“Persahabatan kita takkan pernah putus walaupun jasad roh Nadia telah kembali pada Penciptanya. ”Amru bangun. Surah yassin dipegang erat. Sekali lagi sebelum kakinya melangkah pergi dia menitipkan doa buat arwah Nadia. Terasa lapang dadanya meluahkan segalanya.
Amru duduk seketika. Pandangannya masih jatuh pada kubur arwah Nadia. Dia jadi teringat kenangan lama.
"Am kenapa ya nak jadi tentera. Kalau ikutkan result spm boleh saja Am ke luar negara." Nadia senyum sambil menyedut air kepala muda. Di atas meja batu di taman kanak-kanak ini berselerak kertas-kertas bagi subjek Sejarah untuk peperiksaan SPM yang akan NAdia duduki tak lama lagi. Kebetulan Amru bercuti dari Maktab Tentera, jadi dia kemari, bertemu Nadia.
"Ialah, kan Am joint scout dari sekolah rendah lagi. Dah biasa dengan uniform ini. Lagipun Am sukalah sebab ada disiplin."
"Am tak takut ke kena buli?"
Aru ketawa. Wajah comel Nadia dipandang. Ya dia pernah menyimpan perasaan pada Nadia. Gadis yang dia kenal semasa dia tingkatan 2 di Kolej Melayu ini.
"Alah benda tu semua biasa Nadia."
Sengaja dia bawa semua nota-nota dan buku rujukan nya dua tahun lalu untuk diberi kepada Nadia. Dia mahu Nadia berjaya.
"Am suka tak kawan dengan Dia?" Pen yang dipegang Nadia dijatuhkan ke meja.
"Dia pun tahukan.Am mana ada kawan perempuan. Dia saja kawan perempuan yang Am ada. "
Nadia senyum.
"Kalau nanti Am dah ada kekasih macamana? Am nak kawan dengan DIa lagi ke?"
"Dia tahu tak..antara cinta, kasih dan sayang tu banyak perbezaannya. Bukan mudah juga untuk Am cakap cinta pada mana-mana perempuan. Antara sahabat dan kekasih juga berbeza. Tapi sahabat juga boleh jadi kekasih yang setia."
Nadia buang pandang ke arah lain. Dia gaham maksud Amru. Pada Amru pula dia lega walaupun secara tidak langsung dia dah luahkan cintanya pada Nadia.
"Tapi kalau satu hari nanti Am ada jodoh dengan orang lain, Am kena cintakan perempuan tu sampai mati."
Amru ketawa lagi. Angin petang mula berhembus lembut.
"Am dah ada Dia, buat apa Am nak cari lain lagi."
Nadia terus tersenyum. Dan tiba-tiba senyuman Nadia hilang ditutupi dedaun yang baru gugur dari pohon langsat tepi kubur.
Setitis airmata Amru gugur. Siapa kata lelaki tak boleh menangis. Nadia pergi bukan sekejap tapi untuk selama-lamanya. Pergi tak akan kembali macam nyanyian lagu kumpulan Rabbani itu.
"Kerana itulah sukarnya dia jatuh cinta pada Yasmin walaupun sudah bernikah. Tapi bila dia sudah jatuh cinta separuh mati, Yasmin mahukan perpisahan. Perpisahan itu sakit, pedihnya bagai pedang yang terhunus tajam menusuk jauh ke dalam hati terus menikam jantung.
"Am balik dulu, Nadia."
Amru melangkah meninggalkan kawasan perkuburan Bukit Chandan. Dia harus pulang semula. Angin terus berhembus lembut bagai turut sama bersedih dengan cerita Amru Iskandar.