Seteguh Grahara….
sophilea
Andai dapat kuundurkan putaran dunia…..
Ingin kuubah semula kata-kata
Dan tingkah lakuku…yang salah
Agar kita dapat meniti di mercu asmara
Tak ingin lagi dan tak mahu lagi..
Berpisah bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tak ada kesudahan
Kuter//sepit dalam jerat sendiri…
Prolog 1
MERENUNG butiran pepasir seakan mengutip memori lama yang semakin ditinggalkan pergi.Samudera luas dipandang sepi.Bagai tiada ombak,angin mahupun burung-burung berterbangan.Sedangkan hakikatnya,semilir angin berhembus lembut,ombak tetap setia memukul pantai dan burung-burung terbang bebas di awan. Mengutip memori lama bagaikan menambah garam keatas luka. Pedih dan perit. Ingin sekali dibuang segala keperitan dan kesedihan ini ke tengah samudera luas, biar dimakan jerung, biar dikutip angin tapi tak akan semudah itu. Kerana memori itu kekal. Kenangan itu tidak pernah pudar. Kasih itu tidak berganjak walau sezarah, dan rindu itu tetap bertahta walau seribu langkah.
Kisah Yasmin dan Amru yang diharap bahagianya hingga ke syurga seperti kisah cinta Adam dan Hawa rupanya hanya separuh jalan. Bukan kehendak hati semuanya terjadi.Tetapi takdir yang ditulis sejak azali. Perkongsian hidup mereka Cuma setahun.Pedih bila ditinggalkan pergi walaupun itulah keinginan hati.Keinginan hati yang dipaksa barangkali.
bertahun tempat ini Yasmin tinggalkan. Namun tiada yang berubah.Pantainya tetap begitu,biru lautnya tetap sama seperti pertama kali dia kesini dibawa Amru.Kapal-kapal perang masih kelihatan ditengah samudera.Yasmin mengesat airmatanya yang mula mengalir. Bertahun lamanya tiada berita dari Amru.Sudah kahwinkah dia?Sihatkah dia?tulah yang naluri Yasmin terlalu ingin tahu.Jauh dari itu rasa rindu pada Amru sudah terlalu lama bertapak didalam hati.
“Am….”Bisikan halus yang Cuma kedengaran dicuping telinganya menyentuh rasa hati Yasmin.Mengakui hakikat yang dia merindui Amru hatinya kalah.Serasa mahu sahaja dipusing putaran jam untuk dia berpatah balik bertahun yang lalu.Saat Amru meyakinkan dia bahawa hanya dia dihati Amru.Ingin sahaja dia kembali mengubah sejarah tatkala kakinya melangkah ke mahkamah syariah.Memohon undang-undang melepaskan dia sebagai isteri Amru yang sah.Tapi Yasmin tahu masa takkan boleh diundur walau sesaat.
Cinta itu seperti mawar sampai masa ia akan terus pudar warnanya tapi cinta juga mampu menjadi sepohon kaktus biar berapa lama durinya tetap tajam dan warnanya tak akan pudar.
“Sedetik yang berlalu adakalanya menjadi sejarah sepanjang hidup..”
Yasmin masih ingat kenangan itu. Kenangan ketika dia bersama Amru Iskandar. Kenangan yang tak mungkin dia lupakan seumur hidupnya. Kenangan yang sentiasa menemaninya sampai bila-bila.bYasmin masih ingat bagaimana hidup mereka di kucar kacir kan oleh leftenan Maya Athira. Tapi waktu itu dia tetap sahaja bersama Amru walau ada rasa marah dihati. Dia ingat lagi bagaimana Amru tetap setia menanti dia dengan rajuknya yang panjang. Berduaan bersama Amru di tepi pantai,menghabiskan masa di istana kecil mereka di Venice park atau sahaja saat dia berdansa bersama Amru di atas kapal di malam kenaikan pangkat Amru satu waktu dahulu. Ah kenangan itu tidak mahu pergi walau puas dia menghalaunya.
Degilnya kamu wahai kenangan, pergilah aku benci dan tidak mahu mengingatinya lagi. Pergilah dan jangan pernah kembali walaupun separuh mati aku menangisi. Aku tidak mahu terus hidup dalam kenangan walaupun kisah itu cukup manis untuk aku kenang. Kisah manis itu bagai menghiris tangkai hati aku. Bagai bilah-bilah belati tajam menghiris dan terus menghiris tanpa mahu berhenti walaupun darahnya berjejeran membasahi jiwa lara.
Aku mahu membeci dirinya tapi sedikitpun aku tak mampu. Aku mahu membunuhnya tapi aku yang mati dahulu. Amru...ilmu apa yang kau gunaka sehingga setiap detik aku tidak mampu melepaskan namamu dari hati dan ingatan.
Dahulu Amru tidak memujuk tapi Yasmin tahu Amru tidak akan pernah tinggalkan diri nya.
Amru Iskandar…..memiliki mu adalah kenangan terindah yang pernah ada dalam hidup yasmin Nur Raihan.
Biarpun ombak yang merubah pantai...kasih ku tak akan...berderai..biarpun hari berganti hari....dirimu tetap ku nanti.
Prolog 11
Yasmin dan Amru berkenalan setelah keduanya bernikah. Menjadi sahabat walaupun tidak pernah kenal antara satu sama lain. Bibit cinta mula tumbuh dari hari ke hari. Pernah badai melanda kerana fitna leftenan maya Athira sehingga Amru diperangkap dengan tangkapan khalwat, tapi jodoh mereka tetap kuat. Cinta mereka bersemi hari demi hari waktu demi waktu.
Amru milik Yasmin dan yasmin milik Amru. Setahun keduanya menyelami perasaan dan diri masing-masing meyakinkan Amru yasmin adalah cinta sejati.
Kerana fitnah Maya Yasmin merajuk, melarikan diri seketika dari Amru namun Amru tetap memujuk. Tidak mungkin dia lepaskan Yasmin kerana wanita lain. Bak kata Amru ;Kalau Min lari lagi, Am kejar dengan jet pejuang.'
Indahnya cinta selepas kahwin, nikmatnya kasih sayang yang Allah letakkan dalam diri keduanya. Amru dan yasmin tenggelam dalam tarian cinta mereka di atas kapal bertemankan samudera luas. Yasmin masih ingat saat Amru mendendangkan lagu Permata buat isteri dengan alunan piano yang dimainkannya dihadapan pegawai-pegawai TLDM yang lain, mata Amru tetap merenungnya.
Langkah tarian Amru dan Yasmin malam itu bagai baru semalam. Yasmin masih ingat bagaimana Amru memujuknya, bila Fazril muncul kembali merebut kasih Yasmin. Amru hadiahkan Yasmin kenangan paling manis bagi seorang wanita.
Amru tidak pernah malu pegang tangan Yasmin walau dihadapan anggota-anggota bawahannya. Yasmin masih ingat bila dia mempertikaikan pen yang Maya hadiahkan pada Amru, terus pen itu amru buang dalam tong sampah supaya Yasmin tidak cemburu lagi. Amru takut Yasmin cemburu kerana hatinya sudah bertunas sayang pada Yasmin. Ya mereka dinikahkan kerana ibu bapa mereka bersahabat. Amru pernah letakkan syarat dimalam perkahwinan mereka. Kalau dalam masa setahun mereka gagal jatuh cinta perkahwinan mereka akan berakhir. Tapi Yasmin nekad, dia cuba jadi isteri yang terbaik untuk Amru sehingga akhirnya Amru jatuh cinta separuh mati dengan Yasmin.
Keduanya menyulan rasa cinta kasih sayang bertemanan samudera luas. Kata Amru, 'cinta kita bagaikan samudera luas....'
Amru bawa Yasmin jalan-jalan ke sekolah lamanya Malay College kuala Kangsar, mengutip sisa kenangan zaman persekolahan. Amru redah hujan lebat semata-mata balik ke Kelang untuk bertemu Yasmin. Semuanya Amru buat kerana cintanya sudah ada untuk Yasmin Nur Raihan.
Setahun akhirnya masing-masing meluahkan rasa. Cinta sudah ada di jiwa untuk keduanya. Melayari bahtera sehingga ke destinasinya.
It takes a second to know someone
A minute to like someone
An hour to love someone
But it takes a rest of your life to forget your love ones....
(Samudera Indah Nian-2009)
Bab 1
Kem Marakah Lubnan setahun yang lalu
Amru baru pulang dari pemeriksaan bersama anggota PBB yang lain. Kepenatan mula menjalar di segenap saraf. Setelah lafaz bismillah dia meneguk air yang disediakan petugas. Beberapa anggota tentera sedang bersiap untuk mengambil alih rondaan. Angin sesekali menerbangkan pepasir halus, hinggap di matanya. Beberapa kali digosok-gosokkan matanya yang kemerahan ditembus pepasir. Pijar mentari sedikit membakar kulitnya. Ya baru panas dunia dia sudah tidak mampu bertahan apalagi panasnya sahara di negeri akhirat nanti.
“Tired?” Dirinya disapa seseorang. Dia berpaling. Ada senyuman di bibir merah gadis yang menyapanya itu.
"Sikit. You? Tired?" Soalnya kembali.
Amru senyum pada gadis yang memakai tanda palang merah disebelah kiri nya.Uniform tentera berwarna hijau tersarung di tubuhnya. Rambunya disanggul menjadi satu. Diletakan penyucuk sanggul warna hitam. Kasut hitamnya berkilat walau ada sedikit debu halus bertapak diatasnya. Dia duduk disebelah Amru. Sesekali tersenyum pada anggota PBB yang lain dihadapan keduanya. Diam.
AmruMasa mula-mula sampai disini Amru keliru juga. Diam keduanya seketika. Amru Iskandar menarik nafas panjang. Fikirannya menerewang seketika saat pertama kali ke mari.
Apa tidaknya, Perubahan dari cuaca, persekitaran, budaya, geografi dan pelbagai lagi perbezaan menjadikan ianya adalah faktor utama untuk menyesuaikan keadaan dalam melaksanakan tugasan harian. Namun begitu, setelah tugas-tugas menjadi rutin, ianya akan menjadi lebih mudah dan terbiasa. Kata orang alah bisa tegal biasa. Kalau tak cuba rintangannya manakan tahu kejayaannya.
Walaubagaimanapun kesibukan tugas-tugas yang tidak dijangka sering terjadi kerana tugas-tugas pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di sana adalah dibawah kawalan pihak United Nation.
“Penat lah sikit.” Kata-kata gadis disebelahnya mengembalikan Amru di Bumi Lubnan. Dari tadi Amru bertanya baru sekarang Shazlin menjawab.
“Nah ada buah untuk you.”Shazlin hulurkan sebiji epal merah. Epal yang sejak tadi dia pegang. Epal merah yang diambil dari rumah masak di sini. Memang sengaja diambil satu dan disimpan untuk Amru. Dia pasti Amru lapar bila pulang dari bertugas. Makanan petang nanti baru akan di masak lagi.
“Thanks.” Epal merah dari tangan Shazlin diambil. Ya dia lapar. Pagi tadi perutnya hanya beralaskan roti dan jem strawbery yang cuma dua keping. Disini makannya tidak boleh memilih. Makanlah apa sahaja yang ada. Itulah rezeki yang Allah swt berikan.
Shazlin senyum. Berat juga hatinya mahu meninggalkan Amru. Amru baru pergi 4 jam tapi hatinya sudah merindu.
“I pergi bertugas dulu ye.” Shazlin minta diri juga walaupun hatinya sedikit berat. Dia masih mahu berlama-lama dengan Amru disini. Tapi dia harus aktr tugasnya disini. Amru angguk. Menginzinkan Shazlin pergi dengan bahasa tubuhnya.
Shazlin melangkah pergi. Epal merah ditangan direnung seketika sebelum dimasukkan ke dalam mulut. Di kunyahnya perlahan.
Matanya meliar memerhatikan sekeliling. Dia sendiri tidak sangka akan berada di wilayah bergolak ini.Lubnan.
Kalau ikut geografi Lubnan merupakan sebuah negara yang terletak di timur laut Mediterranean, berkeluasan seluas 10,452 kilometer persegi. Ianya terbahagi kepada enam wilayah iaitu Beirut, Bekaa, Liban-Nord, Liban-Sud, Mont Liban dan Nabatiye. Lubnan berjiran dengan Syria di utara dan timur manakala Israel adalah di bahagian selatan. Ngeri sesekali Amru fikirkan tentang Israel dan palestin. Tiada jalan perdamaian anatar mereka.
Mula-mula dahulu, Amru sedikit sukar menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca disini. Cuaca di Lubnan beriklim Mediterranean. Lubnan mempunyai empat musim iaitu Musim Bunga dari bulan April-Mei, Musim Panas (Jun-September), Musim Luruh (Oktober-November) dan Musim Sejuk (Disember-Mac). Suhu purata di Beirut sewaktu musim panas adalah 27 C dan musim sejuk serendah 14 C. (Suhu di Kaokaba boleh mencecah tahap beku)
Jumlah penduduk di Lubnan adalah lebih kurang seramai 4 juta penduduk. Terdapat sejumlah 400,000 pelarian Palestin yang tinggal di Lubnan. Majoriti penduduk adalah berketurunan Arab (95%) dan selebihnya adalah kumpulan minoriti seperti Armenia, Assyrians, Kurd dan Chaldean.
Majoriti penduduk Lubnan beragama Islam namun ianya terbahagi pula kepada dua mazhab utama iaitu berfahaman Syiah dan Sunni. Selain daripadanya beragama Kristian. Terdapat 15 buah kumpulan agama di Lubnan.
. Amru ingat cerita seorang warga tempatan tentang Lubnan. Pada tahun 1975, perang saudara Lubnan telah tercetus di antara penduduk Kristian, pengikut Sunah, Syiah, Druze dan juga pihak Palestin. Perang ini telah ditamatkan pada tahun 1990 melalui Perjanjian Taif. Kira-kira 150,000 orang telah terkorban di dalam peperangan ini.
Bercakap tentang syiah memang menggerunkan Amru.Taksubnya syiah ini dia pernah lihat sendiri.Sampai berdarah-darah mereka memukul tubuh sendiri.
Di sini lah juga dia bertemu Shazlin.Doktor dari unit tentera darat yang bersama dalam misi MALCOM 6 ini.Dia suka dengan karekter Shazlin.Dengan Shazlin dia senang berbual. Shazlin sedikit melupakannya tentang duka di hati.
Dia cuba melupakan sesuatu sebenarnya. Melupakan dia yang jauh beribu batu. Melupakan dia yang pernah mewarnai hidupnya satu waktu dahulu. Ingin sekali nama itu di kuburkan di pusara tidak bertanda di tengah lautan.
Di kem Marakah ini juga sebenarnya dia tidak boleh lagi lari dari mengingati dan merindui.
Susah nya bila hati masih menyintai dia….
Angin petang terus menerbangkan debu-debu pasir dan tanah mengaburi pandangannya pada langkah kaki Shazlin yang telang menghilang.
Rindunya pada keluarga teman-teman an kenangan di Malaysia. Rasanya setiap anggota yang bertugas juga begitu. Mujur ada kemudahan teknologi hari ini yang memudahkan perhubungan. Ada skype, ada facebook, emel, twitter, instagram. Tapi Amru cuma skype dan emel sahaja untuk berhubung. Amru tak ada facebook dan yang lain-lain.
Sesekali dia bertukar cerita dengan Aina Maisarah, satu-satunya adik perempuannya. Bertanya khabar tentang kesihatan keluarga terutama ayahnya yang sudah kerap sakit-sakit.
"Hai tuan ingat awek ke? Awek baru pergi bertugas takkan dah rindu kut?"
Usikan dari pegawai bawahannya dibalas dengan senyuman.
'siapa? Shazlin? Mana mungkin Shazlin kekasih hatinya.
Tapi dia senang bebual dengan doktor berpangkat kapten itu. Manis orangnya lembut bicaranya. Sesekali menerbangkan ingatannya pada Yasmin tatkala wajah Shazlin dihadapan mata.
'mana mungkinkan?' Amru pandang jam di pergelangan tangan kiri. Dia sudah terlewat , belum solat asar lagi rupanya. Mudahnya syaitan melalikan manusia, hanya teringatkan kenangan dan mindanya sudah lupa amal ibadat kepada Tuhan.
Bab 2
3 tahun lalu
“MIN yakin dengan apa yang Min buat ni?”Yasmin memandang lelaki beruniform putih dan bersongkok hitam dihadapannya ini. Hanya sekilas. Yasmin mengangguk. Matanya dibuang pandang kearah lain. Bimbang hatinya cair melihat Amru. Min tak sanggup Am..Min takut Min akan ubah keputusan Min kalau Min pandang wajah Am. Sungguh Am...hati Min membantah. Sungguh Am kalau Min sangat-sangat menyintai Am.
“Bila Am lepaskan Min…Am tak akan berpaling lagi.” Suara Amru tegas namun sebak. Sedikit bergetar. Mahu sahaja ditarik Yasmin ke dalam rangkulannya.
'Min..Min tak belajarkah dari kesilapan dahulu. Dari apa yang pernah berlaku antara Am, Maya dan Min. Kalau dulu Am tak lakukan, sekarang juga tidak Min. Susah benarkah Min mahu letakkan kepercayaan pada Am. Apa tidak cukupkah bukti yang Am bagi betapa Am sayangkan Min separuh mati? Kalau dahulu Min mampu tepis fitnah yang Maya bawa dalam rumahtangga kita kenapa sekarang Min mahu ercayakan suara hati Min yang bersengkongol dengan Syaitan. Min...belajarlah dari apa yang pernah kita lalui. Mana janji Min untuk sehidup dan semati dengan Am? Mudahnya Min jatuhkan hukuman, sedangkan Am tak bersalah.
Yasmin cuba menahan sebak didada. Kata-kata Amru menusuk kegegendang telinganya. Bagai satu ugutan. Hatinya bercelaru. Bersenandung lagu yang tidak tahu iramanya. Dia langsung tidak memandang Amru yang duduk disebelahnya. Oh Tuhan..inikah dugaan. Baju kurung sutera warna merah hati yang dipakainya sedikit berkedut . Tudungnya kehadapan sedikit. Cermin mata hitam sengaja tidak dibuka untuk melindungi matanya yang berair.
“Ini yang terbaik buat kita berdua Am.”Hampir tidak terkeluar kata-katanya. Seakan berbisik halus. Tapi cukup untuk sampai ke telinga Amru.
“Min tak mahu fikir lagi?” Amru masih mahu mencuba biarpun saat-saat akhir. Yasmin menggeleng.
'Degilnya Min..'
“Baiklah kalau ini yang Min mahukan…Am akan tunaikan. Tapi kerana Am sayang kan Min. Bukan kerana kemahuan Am. Kerana Am sayang kan Min..Am akan tunaikan permintaan Min. Kalau cara ini buatkan Min bahagia , Am akan korbankan perasaan Am. "Kedengaran nafas Amru ditarik panjang. Tiada lagi kata-kata pujukan mahupun rayuan seperti sebelumnya. Izhar diam tak terkata. Mungkin sudah puas dia menasihati. Pasti dalam hati izhar’degilnya Yasmin Nur Raihan ini. Atau sahaja pada Izhar Yasmin terlalu ego. Izhar hanya berdiri di satu sudut. Hatinya turut menangis. Dia tahu cinta keduanya. Tapi kenapa biarkan ego mengatasi perasaan. Salahkan Yasmin? Dia faham perasaan Yasmin. Menyalahkan Amrupun tidak. Apa yang Amru lakukan hanya ihsan sebagai insan. Dia yakin hati Amru hanya pada Min.
Amru bangun. Satu jam yang diberi hakim untuk berbincang sudah selesai. Dia melangkah ke dalam kamar mahkamah. Langsung tidak berpaling pada Yasmin. Kamar mahkamah sunyi sepi. Amru berdiri memandang hakim sebelum pandangannya jatuh tepat-tepat ke arah yasmin.
“Yasmin Nur raihan bt Abdullah, saya Amru Iskandar Bin Borhan dengan ini ...melafazkan saya ceraikan kamu dengan talak satu.” Amru gagal menahan kesedihan. Airmatanya hangat di tubir. Cepat-cepat dia berpaling pada Izhar dan Imran. Keduanya menunduk. Ya mereka lelaki. Tapi lelai tiada perasaankah. Mereka juga punya perasaan sedih. Punya perasaan hiba. Tidak salah lelaki menangis.
Yasmin hampir rebah mendengar lafaz cerai dari Amru.Lafaz yang menjadi pengakhiran kisah cintanya dengan Amru. Kalau Juliet minum racun sebagai pengahiran cintanya dengan romeo tapi dia menggegarkan tiang Arasy untuk perpisahannya dengan Amru. Mahu sahaja dia menyembah kaki Amru. Yasmin menekup mulutnya dengan telapak tangan. Dia pandang Amru. Tapi Amru sudah bersedia melangkah pergi sebaik sahaja Hakim engesahkan talak yang dilafazkan Amru.
Sebaik sahaja hakim mengesahkan lafaz tersebut Amru terus menghilang.
Ingin sahaja kaki Yasmin berlari mengejar Amru, memeluk lelaki itu dan menyatakan betapa dia amat menyintai Amru Iskandar tapi dia tidak mampu.
"Yasmin..."
Yasmin yang sedang duduk sendirian di parkir berpaling. Izhar datang menghampiri. Cepat-cepat airmatanya dikesat. Dia tersenyum sedikit pada Izhar.
" Am minta saya pulangkan ini pada Min." izhar serahkan sebuah kotak. Terketar-ketar tangan Yasmin mengambilnya. Dia tahu isi kotak itu. Hadiah dari Yasmin untuk harijadi Amru. Jam tangan yang Yasmin belikan semasa dia ke England tempohari. Jam yang Am cakap akan Amru pakai sehingga akhir hayat. Dia ingat lagi gurauan Amru waktu dia serahkan hadiah itu.
"Am janji dengan Min, Am akan pakai jam tangan ini walaupun dia berhenti berfungsi sampai habis nyawa Am. Tapi nanti jangan pula Min suruh orang kebumikan jam ini sekali sekali dengan Am." Yasmin cuma ketawa. Dipakaikan jam itu di tangan kiri Yasmin.
"Am pakai jam ini untuk Min nak Am tahu setiap detik jam ini berputar setiap detik itulah Am tak pernah hilang dari ingatan Yasmin nur Raihan.."
Amru ketawa.
"Kalau batery dia habis macamana? Jadi saat tu Min lupakan Am?" Amru pandang Yasmin tepat-tepat. Yasmin senyum.
Sekalipun bateri jam ini habis, tapi detik itu tetap akan berjalan, dan Min tak akan pernah lupakan Am."
"Min.." Panggilan Izhar menyedarkan Yasmin pada kenangan yang singkat.
"Sorry Iz.." yasmi ambil kotak berisi jam tangan dari tangan Izhar. Izhar simpati. Dia tahu yasmin masih tetap menyayangi Amru. Dia tahu hati Yasmin. Dia tahu hati Amru, ya kalau ditakdirkan Yasmin belum berpunya dia juga pasti akan jatuh cinta pada Yasmin. Tapi hati Yasmin punya sahabatnya.
"Min..saya tahu saya bukan sesiapa untuk masuk campur dalam urusan Min dan Am, tapi saya yakin Min ditakdirkan untuk Am dan Am memang untuk Min."
Yasmin gagal menahan tangisan. Dihadapan Izhar dia menangis semahunya. Dia sudah tidak malu kalau pegawai tentera laut ini tengok dia dalam keadaan macam ini. Tapi Min terlajak perahu boleh diundur terlajak kata Min kena tanggung selamanya.
Izhar hulurkan sapu tangan untuk Yasmin. Hati lelakinya meruntun sayu. Amru? Entah kemana Amru dibawa Imran. Menenangkan hati barangkali.
"Terima kasih Izhar. Min minta diri dulu." Yasmin masuk ke perut kereta. Dia tidak mampu untuk lebih lama disitu. Dia mahu mencari satu tempat untuk menenangkan jiwa yang luka.
Izhar masih berdiri di bawah pohon ketapang walau kereta Yasmin sudah hilang dari pandangan. Dia menarik nafas seketika. Ya cinta Yasmin dan Amru bagai samudera lagaknya bergelombang dan sesekali datang tsunami. Tapi dia yakin cinta mereka akan bersatu lagi.
Berita penceraian Yasmin dan Amru mendukakan hati keluarga kedua pihak.Yasmin buat keputusan tanpa ada perbincangan dengan keluarganya baik keluarga Amru.Hati si ibu terluka dengan sikapnya.
"Sampai hati Min buat mak macam ini." Puan Rohana sudah teresak. Encik Shahudin dan Syakri Iman diam tak terkata.
"mak..Min minta maaf. Min langsung tak bermaksud nak ketepikan mak, abah atau along dalam soal ini. Min..Min pun tak tahu."
"Min...kan Min pernah lalui perkara yang lebih teruk dari ini denga Am. Tapi Min tetap percaya pada Am. Kenapa sekarang Min tak boleh percaya pada Am? Along tak yakin Am curang Min. CCeritanya sama sahaja dengan kes Maya dahulu kan. Malah along rasa lagi teruk sampai Am kena tangkap khalwat dengan Maya. Tapi akhirnya kita tahu semua tu fitnah sahaja." Shakri Iman menambah. Dia tidak mahu rumahtangga adiknya punah kerana orang lain. Amru pasti ada sebabnya tersendiri.
"Memang ceritanya sama along tapi dalam versi yang berbeza."
"Min ni yang degil. Dulu merajuk berbulan-bulan tapi Am tu tetap sabar pujuk Min, sekarang ini takkan tak boleh bertolak ansur."Suara Puan rohana sedikit meninggi. Yasmin kecut perut. Diam menikus.
Berbulan lamanya Puan Rohana tidak bercakap dengan Yasmin.Begitu juga dengan bekas mertuanya.Yasmin keliru,sedih dan resah.Bagaikan dialah pesalah dalam cerita ini.Sebuah ceritera cinta dia dan Amru.
Tapi cuba dikuatkan hatinya untuk mengharungi semua ini. Cuma Shahudin dan Shakri Iman sahaja yang mahu bercakap dengan Yasmin. Dia bersyukur sekurang-kurangnya masih ada yang bersimpati dengan dirinya. Dia bagaikan insan terbuang.
Amru? Sejak berpisah di mahkamah syariah, Sejak detik itu Yasmin langsung tidak bersua muka dengan Amru. Amru terus menghilang. Pernah juga Yasmin cuba menelefon ke Kapal bertanyakan Amru, tapi Amru tidak pernah ada. Atau mungkin sengaja mahu mengelakkan diri darinya. Ingin bertanya pada Izhar,dia malu. Pada Aina…gadis itu langsung tidak mahu bercakap dengan dirinya. Yasmin masih ingat kata-kata Aina
“Aina tak bencikan kak Min…Cuma Aina tak boleh lagi jadi Aina adik ipar kak Min. Cukuplah luka yang kak Min kirimkan pada abang Am.”
Memang Yasmin tersentak. Diakah yang bersalah? Diakah yang terlalu mengikut rasa? Meruntuhkan sebuah masjid yang dibina dari restu keluarga? Yasmin hilang bicara malah dia sendiri sekarang tidak dapat meyakinkan kata hatinya bahawa dia benar. Benar dengan keputusan yang hanya dibincangkan seorang diri. Tidak terfikirkah adakah itu kata hati atau bisikan iblis? Tapi Min nasi dah jadi bubur. Terlajak perahu boleh dikayuh balik terlajak bicara hati merana.
Selepas menerima surat cerai dari mahkamah,Yasmin membawa diri ke sabah.Menerima tawaran untuk menguruskan projek Q-C maya yang ditolak setahun dulu.Waktu itu dia hanya ingin pergi jauh dari daerah ini.Tidak mahu mengimbau kenangannya disini
Hubungannya dengan Amru terputus terus. Bila balik bercutipun,tiada langsung nama Amru yang keluar dari mulut keluarganya.Hubungannya dengan Rohana semakin baik walaupun wanita itu masih menahan rasa sedih.Shakri Iman sendiri sudah dikurniakan anak perempuan.Kadang-kadang Yasmin cemburu,mungkin kalau perpisahan ini tidak berlaku dulu,dia dan Amru sudah punya cahayamata.Tapi inilah takdir yang tidak pernah kita jangka.
Hubungan keluarganya dengan bekas mertuanya masih baik. Berbulan juga dia takut menyapa bila semuanya dingin tapi kemudian bila ibu Amru datang bertemuanya hubungan itu jernih kembali.
Berita terbaru yang dia dengar, Aina telah bertunang dengan Izhar dua bulan lepas. Tiada seorangpun yang menjemputnya menghadiri majlis itu.Terkilan!Tapi Yasmin tabah. Dia tahu semua orang menyalahkan dirinya. Biarlah semoga satu hari nanti mereka memahami perasaannya.
Beberapa bulan lepas dia terserempak dengan teman Amru kapten Ikmal yang berkursus disandakan. Dari Ikmal Yasmin tahu Amru sekarang berada di Lubnan. Kata Ikmal sudah hampir setahun Amru disana. Bermakna ketika dia di Sabah, Am juga tidak berada disini. Adakah Amru juga sepertinya? Ingin membuang segala sisa kenangannya disini? Atau mungkin sahaja Am ingin membuang Min dari hati Am.
Kata Ikmal, Mereka juga jarang berhubung. Ingin ditanya mengenai Amru, Yasmin segan. Apatah lagi Ikmal juga tahu kisah penceraian mereka .Masakan tidak kerana dia pernah dipanggil bersama Amru menghadiri sesi kaunseling yang diatur Kor Agama Angkatan tentera. Dan Ikmal turut sama ada.
Malah Ikmal, Izhar dan Zarul pernah bertemu dirinya secara peribadi. Cuba memujuk bila mereka tahu Yasmin memfailkan penceraian di mahkamah. Tapi waktu itu hati Yasmin seteguh everest.Tidak cair walaupun ditimbun dengan timbunan salji. Pujukan mereka Yasmin biarkan bagai angin yang bertiup pergi. Apa yang nak dimarahkan sangat? Pada Am? Atau pada ego dirinya?
Hari ini…tiga tahun berlalu, Yasmin kembali lagi Ke daerah yang menyimpan khazanah cintanya dan Amru. Kembali ke sini seolah-olah membuka semula peti sejarah cintanya yang dikunci bertahun yang lalu. Sejarah yang tersimpan dalam kamus asmara.
Kau dan aku terpisah…
Dewasa dibawa arah...
Kita lupa ada sejarah...
Yang tersimpan dalam kamus asmara….
Yasmin meninggalkan tepian pantai bila hari merangkak senja. Berbalam-balam cahaya mentari tenggelam dalam remang senja.
Tapi mampukah dia meninggalkan kenangan itu...
Bab 3
“Dah habis kemas barang?” Puan Asiah duduk di sofa biru laut. Dia memandang keseluruhan bilik. Dulu didinding ini penuh dengan gambar-gambar perkahwinan Amru. Tapi sekarang semuanya kosong. Dan Asiah tahu begitu jugalah kosongnya perasan anak ini. Kasihannya Am…hati ibunya sering merintih. Mengenangkan Amru yang keseorangan jauh di perantauan. Tapi Puan Asiah tahu itulah yang terbaik buat Amru.
Perpisahannya dengan Yasmin bagaikan satu pukulan yang hebat pada dirinya. Selepas berpisah Amru bawa diri jauh ke Terumbu. Minta untuk ditukarkan kesana. Pulang seketika dia ke Lubnan pula. Mengubat hati atau mahu melupakan semua ini Puan Asiah tak tahu. Tidak mahu bertanya lebih-lebih bimbag hati Amru terguris.
“Dah mama…Am bawa sikit je. Lagipun kat rumah tu banyak lagi baju yang Am tak bawa masa pergi Lubnan dulu. Tinggal separuh kat sini senang bila balik bercuti nanti tak payah nak bawa banyak-banyak. Nanti Am balik sana ambil dulu sebelum Am melapor di Penang. Lagipun Am nak balik lumut sekejap jumpa kawan-kawan lama Am.” Amru tersenyum memandang Puan Asiah. Dia tahu resah wanita separuh usia itu. Wanita yang melahirkan dan membesarkannya sehingga menjadi seperti sekarang. Dia tahu hati wanita ini tersentuh dengan apa yang terjadi.
'Maafkan Am ma..Am banyak melukakan hati mama.'
Sudah hampir sebulan dia disini. Menghabiskan cuti yang diberi sekembalinya dari misi keselamatan PBB di Lubnan. Setahun di perantauan dia tidak pernah pulang ke sini walaupun diberi cuti. Untuk apa dia kembali kalau hatinya masih sepi. Sesepi seorang pelaut yang rindukan pelabuhan. Kata Shazlin dia masih punya keluarga. Baliklah, jenguk keluarga. Tapi kata Amru, stahun itu tidak lama. Buktinya dia rasa bagai baru semalam dia ke Lubnan dan sekarang dia sudah kembali ke rumah.
“Am tak nak pergi rumah mak? Selalu diorang tanyakan Am pada mama.” Puan Asiah sudah duduk di birai katil. Langsir hijau dikuak ketepi membawa cahaya mentari masuk ke bilik. Cuma seketika sebelum dia kembali duduk di sofa.
Amru bangun menghampiri ibunya disofa. Dia diam sejenak. Pergi rumah mak? Akankah menggamit memorinya bersama wanita itu?
“Insyaallah mama…memang Am nak pergi.Tapi tak tahu bila.Am…”Ayatnya terhenti disitu. Dia sudah berjanji tidak mahu menyebut nama itu lagi.
“Am jangan risau. Dia tak ada. Lagipun dia dah jarang balik.”Puan Asiah menggunakan kata ‘dia’bagi menggantikan nama Yasmin. Bimbang hati Amru tercalar lagi.
Amru tersenyum. Bukan gembira kerana Yasmin tiada tapi sekadar untuk menenangkan perasaan ibunya.
’Maafkan Am mama..kerana Am banyak tumpahkan airmata mama.’
“Am…”Amru memandang sekali lagi pada ibunya.Jelas kedutan dibawah mata,menandakan ibunya semakin dimamah usia. Tapi kecantikannya tetap ada. Amru masih ingat kata-kata Tuan Borhan.
‘Datanglah wanita secantik bidadari tapi bagi papa hanya mama bidadari syurga untuk papa.’ Cemburunya dia pada kebahagiaan mama dan papa. Walaupun sudah dimamah usia tapi kasih sayang mereka tetap kukuh. Tengoklah sudah 35 tahun melayari hidup sebagai suami isteri,tapi bisa saja jalan mereka masih berpimpin tangan.
“Ada apa ma?”
“Am tak nak kahwin lagi?”
Amru ketawa kecil.’Kahwin ma? Siapa nakkan Am yang dah dapat gelaran duda ini?’
“Belum lagi mama…mama risaukan Am?” Jemari ibunya dipegang lembut. Dikucup pelahan.
Puan Asiah mengangguk. Dulu dia izinkan Am ke Lubnan kerana dia tahu hati Am waktu itu sedang parah. Walaupun Amru tidak pernah menunjuk secara nyata. Hati keibuannya risau apatah lagi melepaskan anak ke medan perang. Tapi melihat Amru dilapangan terbang sebulan lalu,hatinya bersyukur. Doanya diterima Tuhan. Umur mereka masih panjang untuk bertemu.
“Am…selagi mama adalah mama Am…selagi nafas mama Tuhan masih berikan…selagi itulah mama risaukan Am dan Aina. Mama nak sangat sebelum mata mama tertutup rapat, mama nak tengok anak-anak mama bahagia.”
“Am faham ma…tapi Am belum nak kahwin lagi. Belum ada jodoh Am mama.”Amru memegang tangan Puan Asiah. Cuba meyakinkan ibunya dia tidak ada apa-apa.
“Mama sentiasa ada bersama Am.Am tidak keseorangan.” Puan Asiah melangkah keluar. Dia tahu lagi lama dia disitu dia pasti akan menagis
Sebaik sahaja mamanya keluar Amru terbaring mengadap syiling. Bayangan dan kenangan lama mula menguasai mindanya kembali. Kenangan yang tak akan pernah dia lupakan seumur hidupnya. Kenangan yang sentiasa menghimpit jiwanya kemana sahaja.
Amru duduk diatas rumput memmerhatikan Aina yang sedang menyemai benih kacang bendi di halaman belakang. Alhamdulillah Aina kini adalah doktor pelatih tahun akhir. Dia gembira sebenarnya bila Aina Maisarah memilih Izhar teman baiknya sebagai bakal pasangan hidup.
"Abang Am kenapa? Ada masalah ke?" AIna merapati Amru dengan sarung tangan yang sudah berpalit tanah. Amru senyum. Siapa sangka buak gedik ini mampu jadi doktor yang baik.
"Tak adalah bila tengok Aina, abang macam tak percaya AIna dah sebesar ini. Dah nak kahwin. Dulu abanglah yang dukung Aina kesana kemari." Dihulurkan mineral water kepada Aina Maisarah.
"Em..lepas ini suami Aina lah yang dukung Aina kan? " Aina ketawa. Amru menggeleng.
"Gatal." Balas Amru.
"Em...abang tak nak jumpa kak Min ke?"
Amru diam. Pertanyaan Aina sukar untuk dijawab. Kalau hatinya yang menjawab sudah tentu jawapannya 'ya' tapi bibirnya yang berkata.
"Nak buat apa lagi jumpa dia?" Tak terluah nama Yasmin dari bibirnya. Aina terus diam. Tidak mahu memanjangkan soal yasmin. Tidak mahu terus-terusan buatkan perasaan Amru Iskandar terluka.
"Sorry Aina tak sengaja nak sakitkan hati abang." AIna buat muka bersalah. Sungguh pertanyaan tentang Yasmin spontan keluar dari mulutnya.
"Sudah tak payah nak buat muka macam tu." Amru tersenyum.
"Suka Aina bila abang senyum macam ini. Kalau muka abang masam macam dunia nak kiamat kata mama."
Amru merenung rumput-rumput karpet warna hijau yang tumbuh cantik di belakang rumah ini. Mama memang seorang suri rumah yang berjaya. Rumah kemas sentiasa. Pokok-pokok bunga terjaga elok. Makan pakai papa semua tersedia. Sebab itu papa sayang lebih pada mama.
"Em..Izhar macamana? Okey?" Amru bangkitkan soal Izhar. Mengelak untuk Aina panjangkan kisah dia dan Yasmin. Aina menjuihkan bibirnya.
"Abang Am tahu tak, lepas bertunang abang Izhar tu gatal semacam lah. Dahulu bukan main pemalu. Ei..Aina tak sukalah dia panggil Aina sayang. Geli ."
Pecah ketawa Amru. Siapa tidak kenal leftenan komander khairul Izhar, dengan perempuan cukup kalah. Mana pernah dia keluar dating. Nak bercakap dengan pegawai perempuan pun dia boleh pandang tmpat lain.
"Okeylah tu dia panggil sayang. Mesra apa. Bila lagi Aina nak romantis, tapi romantis panggilan sahaja ya, romantis yang lain tunggu lepas kahwin." Faham sangat Amru dengan perangai Aina Maisarah. Aina bukannya gadis jiwang. Apa yang dia nak cakap terus terang sahaja. Dia yang lamar Izhar jadi boyfriend. Itupun jenuh dah Izhar mengelak. Akhirnya jatuh juga ke tangan Aina.
"Tak sukalah. " Balas Aina.
"Abang Izhar tu baik tau. Bukan kaki perempuan, bukan kaki keluar malam, yang paling penting solat lima waktu tak tinggal. Pegawai harapan TLDM tu tau."
Selangit Amru memuji teman baiknya itu. Dikalangan teman-teman mereka berdua dipanggil kembr. Eratnya bagai isi dan kuku.
"Alah abang ustaz-ustaz tu pun ramai juga yang kahwin banyak. Setakat solat tak tinggal baik Aina kahwin dengan pak imam masjid sahaja." seronok juga bila sesekali berbual tentang tunangnya.
"Kahwin banyakkan sunnah nabi. Siapa yang ikut sunnah bermakna dia umat nabi." Snegaja Amru terus ingin mengusik.
"Eleh setakat yang tu sahaja ikut sunah nak buat apa, yang lain-lain tak ikut pun." Jeling Aina. Dia cukup pantang kalau isu poligami dibangkitkan. Sakit hatinya.
"Habis tu Aina nak reject abang Izhar lah. Aina tak tahu abang Izhar tu ramai yang kejar tau."
"Siapa cakap Aina nak reject dia?" AIna cepat-cepat menjawab. Pecah ketawa Amru dengan telatah Aina. Dia tahu Aina tu di mulut sahaja pura-pura tak suka dalam hati agaknya mengharapkan lebih dari itu.
"Aina..Aina kalau dah sayang separuh mati tu cakap sahajalah. Jangan risau abang boleh tolong jagakan abang Izhar Aina tu ya." Amru ambil topi dan dikenakan kepalanya. Dia bangun.
"Dah abang nak pergi jogging sekejap." Berlalu meninggalkan Aina yang masih tersenyum.
"Bestlah ada abang macam ini. Sporting gila." AKhirnya dia ketawa sendiri.
Bab 4
KUNJUNGAN Amru ke rumah Rohana disambut dengan gembira suami isteri itu.Menerima cenderamata yang dibeli oleh Amru dari Lubnan menguatkan kata hati Rohana, Amru tidak pernah melupakan mereka.Malah mungkin sahaja Amru tidak pernah membuang Yasmin dari hidupnya. Cumanya kisah mereka sedikit complicated. Semuanya sudah dalam rencana ALLAH swt.
Puan Rohana dan Encik Shahudin senang menerima kunjungan Amru. Walaupun Amru hanya bekas menantu tapi sayangnya pada Amru bagaikan dia sayangkan Shakri Iman. Mungkin ada hikmahnya Allah tidak mengizinkan benih untuk tumbuh di dalam rahimnya. Tapi Allah gantikan dengan kehadiran Iman dan yasmin. Dan sekarang dia punya seorang lagi Amru Iskandar. Baik dia atau suami tidak pernah sesekali menyesali ketentuan Tuhan ini.Semua yang berlaku ada sebab dan akibatnya. Ya mungkin sahaja mula-mula dahulu dia marahkan Yasmin, sukar menerima hakikat Yasmin seberani itu membuat keputusan sendiri. Tapi marahnya reda ditelan masa. Yasmin tetap anaknya walaupun dia yang melahirkan.
Naluri keibuannya tahu Amru dan Yasmin masih saling menyintai dan memerlukan. Mungkin ini hanyalah ujian buat mereka. Dia faham ego seorang lelaki. Mana bisa Amru mahu terus merayu pada Yasmin. Amru juga punya maruah dan harga diri. Tapi Yasmin ada alasannya yang tersendiri.
Amru duduk di ruang tamu berbual bersama Shahudin sedangkan Rohana sibuk menyiapkan makan malam di dapur. Sebentar lagi Shakri Iman juga akan pulang bersama Wan asyahily dan puteri mereka,Wan Nur Anis. Lama benar dia tidak bertemu Shakri Iman. Kali terakhir semasa dia pulang dari Sabah dahulu. Lebih dua tahun dah. Majlis Shakri Iman dia tidak sempat datang kerana berkurusus payung terjun di Melaka. Sekalipun tidak berkursus, dia juga tidak akan kemari. Belum ada kekuatan untuk bertemu.
"Lepas ini Am unit mana?" Encik Shahudin hulurkan cawan teh panas dihadapan Amru.
"Am kena tukar ke PSSTLDM KD Sri Pinang. Tapi sementara sahaja, sebab gantikan XO kat situ. Rasanya Am kena naik kapal lah ayah." Cawan teh disua kebibir. Dihirup sedikit keenakan teh Cameron Higland berprisa lemon. Segar mebasahi tekaknya yang kehausan.
"Naik kapal belayar lah ya Am."
"Macam tu lah ayah. Lagipun Am dah lama tak masuk sea services. Last dahulu Am naik KD Jebat lepas tu ke Lubnan."
"Ada rezeki kut jadi panglima nanti Am."
Amru ketawa kecil.
"Insyaallah kalau ada rezeki ayah."
Puan Rohana muncul dari arah dapur.
"Ikan bilis yang saya suruh beli tu awak letak kat mana?" Pandangannya menghala kepada suaminya yang duduk bertentangan dengan Amru.
"Subhanallah saya lupa lah pula. Sekejap saya ke kedai." Encik Shahudin bangun.
“Am duduk dulu,ayah nak ke kedai sekejap.Nak beli barang sikit.”
“Nak beli apa ayah?Biar Am je yang pergi.”Walaupun hubungannya dengan Yasmin sudah sampai titik nokhtah, tapi kedua mereka tetap mahu dia terus memanggil mereka dengan panggilan mak dan ayah.Bagi keduanya Amru tetap menantu mereka dubia akhirat sekalipun ditakdirkan Yasmin berkahwin lain.Itulah yang mereka cakapkan pada Amru lewat Amru ke Lubnan dahulu.
“Am duduklah.Ayah nak pergi beli ikan bilis.Anis tu suka sangat kalau buat bubur nasi dengan ikan bilis.”Terkenangkan cucunya yang baru berusia 8 bulan itu,hati tuanya amat gembira.Apatah lagi Anis sudah mula mahu memakan bubur nasi yang dikisar halus.Amru ketawa kecil. Jelas di mata Shahudin kegembiraan yang amat sangat. Amru tumpang bahagia melihat bekas mertuanya ini.
" Am minum dulu ya, mak nak masak sikit saja lagi ini."
Amru mengangguk sambil tersenyum pada Puan Rohana.
Hilangnya kelibat Shahudin,mata Amru kembali meniti pada sekeping gambar berbingkai emas yang tergantung didinding. Gambar Yasmin sewaktu majlis konvokesyennya di Australia dulu. Hatinya tiba-tiba bergetar hebat. Mata Amru dipejamkan dan dibuka kembali. Lama potret itu direnung.
‘Rindu itu datang lagi. Rindu..pergilah sejauhnya jangan bertandang dalam hatiku saat ini.’ Amru pandang ke pintu masuk. Tiba-tiba ingatnnya menerjah saat dia pulang kesini dalam hujan lebat. Dia balik juga walaupun sebenarnya dia tidak dapat cuti semata-mata dia mahu menghantar Yasmin ke Lapangan Terbang sebelum Yasmin ke Jepun. Dia masih ingat betapa terkejutnya wajah yasmin bila dia muncul di pintu dengan basah kuyup. Betapa malunya wajah Yasmin bila terpaksa berkongsi bilik dan katil yang sama dengan dia. Dia masih ingat wajah merah Yasmin waktu itu.
Betapa cantiknya Yasmin pertama kali dia melihat Yasmin bertudung menutup aurat dan maruahnya sebagai seorang wanita. Betapa waktu itu dia tidak mahu masa beredar. Dia mahu masa terus berhenti agar Yasmin tidak meninggalkannya di Lapangan terbang itu. Dia masih ingat Yasmin letakkan cincin nikah mereka dalam genggamannya sebelumberangkat.
"Simpan ini, kalau ditakdirkan Min masih tetap menjadi isteri Am, sarungkan semula bila Min kembali nanti. Kalau tak, Min nak Am simpan."
Dia menanti Yasmin kembali untuk disarungkan cincin nikah itu, tapi Yasmin kembali tanpa dapat dia sarungkan ke jari manis Yasmin. Semuanya gara-gara obsesnya Maya Athira pada dirinya sehingga memerangkap dia didalam rumahnya sendiri. Dia tahu Yasmin kecewa. Tapi dia juga tahu Yasmin tetap percayakan dirinya walaupun Yasmin meninggalkannya dalam rajuk yang panjang. Dia berusaha dan tidak pernah putus asa untuk kembali dapatkan cinta Yasmin sampai akhirnya Yasmin mengalah dan kembali pada dia. Menyulam kemanisan rumahtangga, sekali lagi badai melanda. Caranya yang sama mungkin jalan ceritanya yang berbeza. Yasmin pergi dan tidak mahu kembali lagi.
Deringan telefon di rumah ini kembali menyedarkan Amru kealam nyata.Dia melangkah ke meja telefon. Dia pasti Rohana tidak mendengarnya.
“Hello.”Sepi.
“Hello.”Sekali lagi Amru bersuara. Bila panggilannya tidak berjawab.
“Hello…siapa ni? Along ke?” Amru sedikit tersentak. Suara itu mengembalikannya pada seseorang. Suara yang tidak pernah dilupakan seumur hidupnya. Dan suara itu kembali bergema di telinganya saat ini. Betapa dia rindukan suara itu.
“Bukan. Iman tak ada.”Dia cuba menjawab dengan tenang. Berlakon seolah-olah dia tidak pernah kenal dengan si pemanggil.
“Boleh saya tahu siapa ni?” Ternyata Yasmin sudah tidak mengenali suaranya. Amru akur. Akur bahawa dia sudah terlalu jauh dari hidup Yasmin. Tiga tahun suara itu tidak pernah dilupakan Amru. Tapi Yasmin....
“Saya kawan Iman. Dia keluar ke kedai. Sekejap lagi telefon balik.” Dia juga harus menjadi pelakon saat ini.
“Mak ada? Boleh tolong panggilkan Puan Rohana tak? Saya anak dia Yasmin.” Amru cuba menahan nafasnya. Telahannya benar. Kerana telinganya belum tuli untuk membezakan suara Yasmin dan wanita lain.
“Sekejap…”Gagang telefon diletakkan ditepi. Dia bangun menuju ke dapur.
“Mak..”Rohana yang sibuk mengatur pinggan menoleh.
“Ha..Am.Ayah dah balik?”
“Ayah belum balik. Ada panggilan telefon untuk mak.”
“Siapa Am?”
“Min mak…”Rohana sedikit tersentak.
“Min tahu Am kat sini?”
Amru menggeleng.
“Tak..Am cakap Am kawan along. Dia tak kenal suara Am.”Amru kembali melangkah ke ruang tamu. Berpura-pura membaca akhbar sedangkan fikirannya tidak disitu. Betapa jauhnya dia dibuang Yasmin.Dia akur akhirnya.
Puan Rohana jatuh simpati pada Amru. Dijawabnya juga panggilan Yasmin. Cuma sekejap.
Malam itu Amru dan Shakri Iman bertukar-tukar cerita sehingga ke dinihari. Biarpun hanya bekas abang ipar tapi Shakri Iman tetap macam dulu. Berbual tentang kerjayanya dan rumahtangganya bersama wan Asyahilly. Amru senang bila keluarga Yasmin tetap menerima dan masih menganggapnya sebahagian dari mereka.
Malah dia senang dengan layanan Shakri Iman.Malah Amru masih ingat Shakri Iman lah yang kerap datang melawatnya selepas penceraiannya dengan Yasmin dulu. Walaupun usianya dan Shakri Iman sebaya, tapi dia tetap hormatkan Shakri Iman sebagai abang iparnya. Dan sekarang mereka bagaikan sahabat lama yang baru bertemu.
Waktu berganjak dengan pantas. Hujan turun mencurah-curah. Amru terpaksa akur bila digesa bermalam disitu. Dia masuk ke bilik yang pernah menjadi kamarnya dan Yasmin. Segalanya masih sama kedudukannya cuma cadarnya sudah bertukar corak dan warna. Amru duduk diatas katil.
Dia bagaikan nampak Yasmin sedang mengemaskan katil.
"Erk..kalau Am tak kisahlah berkongsi katil dengan Min." suara itu bagai bergema. Dia ingat lagi waktu dia bawa bantal dan selimut ke sofa dan Yasmin menghalang.
"Tak payahlah tidur kat situ, sakit badan nanti."
"habis tu Am nak tidur mana?"
"Er..kalau Am tak kisahlah berkongsi katil dengan Min."
Ya pertama kali setelah dua bulan menjadi suami isteri dia tidur bersebelahan
Yasmin. Sungguh debaran itu masih dirasakannya sehingga saat ini.
Amru berbaring di atas katil. Matanya dipejam celik beberapa kali. Tubuhnya dipusing ke kiri dan kanan. Dia berpusing ke kanan. Matanya menangkap gambar Yasmin berbingkai perak berukuran 5R dia atas meja solek. Tangannya mencapai seketika gambar tersebut. Ditiliknya wajah yang pernah membahagiakannya satu masa lalu. Wajah yang tersenyum menyambutnya pulang kerja. Wajah yang selalu dia nampak dalam biasan air laut tatkala mengembara dia atas kapal semasa bertugas di samudera luas.
"Min.." Lama benar nama itu tidak disebut Amru.
"Am tahu Min bahagia sekarang. Am dah lepaskan Min seperti burung yang keluar dari sangkar. Am yakin Min sudah bertemu dahan dan sarang untuk Min berteduh."
Amru berkata sendiri. Seoalah-olah Yasmin ada di situ. Matanya dipejamkan semula. Gambar Yasmin diletakkan kembali. Ada rasa rindu yang mula menapak setelah sekian lama. Tidurnya disini dalam mimpinya bersama Yasmin.
SELESAI bercakap dengan Rohana,Yasmin berbaring dikatil. Tapi fikirannya terganggu. Terganggu dengan suara yang menjawab telefon dirumahnya tadi. Suara itu persis seseorang. Amru! Tapi mana mungkin. Katanya dia kawan Iman. Mak pun cakap macam tu. Tapi suara itu tak ubah seperti Amru.Ya…Amru Iskandar Borhan. Ingin sahaja dia membuat panggilan sekali lagi kerumah…memastikan betul-betul tapi apa pula kata orang tuanya. Pasti mereka menganggapnya gila talak. Sedangkan dulu dia yang membuang Amru jauh dari dirinya.
“Tak mungkin dia Am.” tapi bicara bibirnya tidak sama sekali dengan mindanya.
Potret Amru ditepi katil direnung sedalamnya. Wajah kacak Amru memang mampu menggetarkan jiwa mana-mana perempuan. Apatah lagi dalam uniform rasminya. Segak dan bergaya sekali.
Saban waktu potret itulah yang direnungnya bagi melepaskan rindu yang bersarang dihati. Selalu dititipkan pada angin lalu sampaikan salam pada Amru. Ah..rindunya dia pada lelaki itu .Lelaki yang pernah berkongsi rasa, berkongsi jiwa dengan dirinya satu waktu dulu.
“Asslamualaikum….”Yasmin tersentak sedikit.Dia melihat skrin komputernya.Tadi dia on skype belum tutup. Dan sekarang Fazril muncul di skrin.
“Waalaikumuslaam..tak tidur lagi?”Dia tersenyum melihat Fazril ketawa. Fazril lelaki yang pernah menyulam cinta dengannnya satu masa lalu. Lelaki yang pernah dia cintai zaman persekolahan dahulu. Yang muncul semula selepas perkahwinannya dengan Amru Iskandar. Fazril sangat memahami kalau hati Yasmin sudah dimiliki apatah lagi rupanya mereka adalah sepupu dari mak kandung Yasmin yang sudah lama meninggal dunia.
“Belum. Buat kerja sikit. Awak buat apa?”
“Tak ada apa-apa. Saja-saja dengar radio sebelum mata terlelap. Tadi sembang dengan Zikri.”Zikri teman sekerjanya dahulu sudahpun bertukar ke Brunei beberapa bulan lepas.
“Raihan..Raihan..”
“Kenapa tiba-tiba sebut nama saya?”
‘Nasib baik kita tak jadi kahwin kan. Sepupu rupanya kita ini. ”
Kali ini giliran Yasmin pula ketawa. Yelah kalau ditakdirkan cinta mereka ke jinjang pelamin dulu tak ke naya. Ayah Fazril kan abang kandung ibu Yasmin.
“Itulah Ril Allah dah tetapkan perjalanan hidup kita ni.”
"Betu Raihan...setiap orang ada kisah hidup masing-masing."
'Raihan.! Hanya Fazril yang panggil dia dengan nama itu. Nama yang pernah mengundang rasa marah di hati Amru. Kerana Amru rasakan Fazril terlalu istimewa dalam hidup Yasmin sehingga hanya dia seorang yang memanggil Yasmin dengan Raihan.
'Ah Amru...cemburunya mampu meruntuhkan gunung. Tapi pujuknya mampu cairkan glasier di artik.'
"Raihan...kalau awak anggap saya sebagai abang awak juga adalah adik saya."
Wajah fazril nun diseberang tambak tersenyum.Yasmin turut tersenyum.
"Insyaallah saya akan terus jadi adik awak, Ril."
“Ok lah..tak nak kacau awak.Since mata sayapun dah mengantuk teramat-amat ni.Ok..good night..have a sweet dreamt…”
“Ok…assalamualaikum..”Yasmin menutup computer ribanya.Tapi dia seakan ternampak bayangan Amru disitu.Rindunya bertandang lagi.
Bab 5
AMRU tersenyum senang. Kembali berkumpul bersama teman-teman adalah sesuatu yang amat dirinduinya sewaktu berada di Lubnan. Izhar,Shahrul,Zarul dan Ikmal. Malam ini mereka semua dibelanja Zarul di restoran Marina, Teluk Batik. Kata Zarul pinjaman koperasinya baru lulus…itu yang berlagak semacam je ni. Tapi Amru tahu sebahagian besar duit itu digunakan Zarul untuk rawatan adiknya.
“Macamana Lubnan Am?” Shahrul rakus menghirup kuah tom yam. Melihat Shahrul yang berselera,mengembalikan Amru pada kegemaran Yasmin. TomYam!Ah kenangan pergilah jauh-jauh.
“Macamana apa lagi. Macam tulah.Aku bertugas di kem. jadi tak banyak berjalan. Sesekali je aku sertai operasi. Tapi memang menyedihkan. Peperangan hanya tinggalkan momentum yang sukar dilupakan. Kau tahu aku pernah berhadapan dengan situasi sebuah kenderaan pacuan empat roda yang tiba-tiba meletup kerana melanggar periuk api yang di tanam di jalan. Sedih sangat bila tengok mayat bergelimpangan.hancur Shahrul. Itu belum lagi melihat bayi yang cacat kerana radiasi.”
Amru mengingati kenangan setahunnya di Lubnan. Bermacam cerita dibuka kembali dihadapan sahabat-sahabatnya ini. Ada sedih, gembira…duka. Semuanya Amru adun menjadi satu kisah.
“Habis tu macamana kau melapor ke KD Sri Pinang? Tak nak balik duduk sini ke Am?”
Amru pandang Ikmal. Tempat ini banyak sekali kenangan nya bersama Yasmin.
“Aku dekat sana sementara sahaja. Gantikan XO yang kena tukar atas masalah disiplin tu. Tapi base kecil ok lah kot.”
Kd Sri Pinang tempat pasukan simoanan sukarelawan TLDM, terletak di Sungai Gelugor, Pulau Pinang bersebelahan dengan Jabatan Perikanan.
“Ni bakal adik ipar kau ni bila lagi nak naik pelaminnya?”Amru memandang Izhar yang tersenyum kelat. Siapa sangka pertemuan pertama Izhar dan Aina di rumah Amru dulu telah mengikatnya keduanya dalam ikatan pertunangan. Amru bersyukur. Sekurang-kurangnya dia tahu Aina tidak silap memilih. Dahulu dia selalu risaukan Aina yang kononnya nakkan doctor Kelvin pensyarahnya. Puas Amru nasihat, tapi Aina mana pernah serius dengar nasihat orang. Dan nasib baik jugalah Aina memang tak serius nakkan pensyarahnya itu.
“Yang tu aku tak boleh jawab. Kau kena tanya member kita ni sendiri. Ikut aku minggu depan pun boleh…”Teman-temannya ketawa.
“Alah…duit aku tak cukup lagilah…” Izhar beralasan. Takt sebenarnya dia nak hadapi kehidupan berumahtangga. Belum bersedia? Umurnya dan 30 lebih. Apa lagi yang dia belum bersedia.
“Banyak sangat ke hantaran yang keluarga Am ni minta sampai kau tak mampu lagi?” Ikmal bertanya.
“Sepuluh ribu je Mal. Itulah adik aku sorang. Normallah tu. Izhar ni bukan tak ada duit tapi takut…” Amru mengusik.
“Bukan macam tu Am. Aku nak prepare dulu sebelum jadi suami orang ni. Bukan senanglah…lagipun aku risau Aina tak boleh terima aku. Berbanding dengan dia aku ni siapalah Am…Aku rasa gaji dia dengan akupun jauh berbeza nanti.” Izhar merendah diri. Memang dia sedar hakikat itu dari mula dia jatuh hati dengan Aina lagi. Sejak kisah cinta pandang pertamanya di rumah Amru dulu. Tapi kisah cinta dua darjat kan dah tak jadi kudis zaman sekarang.
“Aina tu takkan pilih kau kalau dia cerewet. kalau dia pandang harta..Iz.Aku kenal lah siapa Aina tu. Aku yakin korang bahagia Iz.” Belum sempat Izhar menjawab satu suara memberi salam. Suara seorang wanita di belakang Amru. Amru menoleh. Serentak itu dia tersenyum sambil menjawab salam. Teman-temannya terpinga-pinga.
“You buat apa kat sini.?”Amru bangun. Berhadapan dengan seorang wanita tinggi lampai dibelakang kerusinya. Ala-ala model arab. Memang cantik pun.
“Dah tentulah I datang makan Am.Takkan nak shopping kat sini?” Shazlin tersenyum memandang Amru dan teman-temannya di meja makan.
Amru ketawa kecil.
“Buat lawak lagilah tu. Eh, ni I kenalkan kawan-kawan sekerja I merangkap sahabat-sahabat baik I ,Izhar,Shahrul dan Ikmal. Guys ni aku kenalkan Kapten dr Shazlin, pegawai perubatan masa kat Lubnan dulu dan sekarang bertugas di HATL." Cara Amru perkenalkan Shazlin pada temn-temannya bagai ada bungabunga bahagia. Itu yang Zarul fikirkan.
Shazlin mengangguk pada semua yang ada disitu. Dia tersenyum. Ya, Amru kerap bercerita mengenai teman-temannya semasa di Lubnan dahulu.
“Ok Am…I tak nak kacau you…but just want to remind you our date tomorrow. Jangan lupa pula ya."
Amru ketawa.
“Don’t worry…I tak lupa....esok jam 1 I ambil you. I’ll be there….”Wajah Amru masih menyimpul senyuman.
Shazlin bersalaman dengan Amru sebelum melangkah kembali kearah teman-temannya. Amru kembali duduk.
“Ehem…Am…bukan mahram. Ingat sikit.” Ikmal tayang wajah selamba sambil bibirnya menegur kelakuan Amru seketika tadi.
Amru sedikit tersentak. Rupanya perlakuannya menyambut salam Shazlin tadi diperhatikan Ikmal. Lupa pulak ustaz Ikmal ni ada. Eh Am..kalau Ikmal tak ada sekalipun Allah tu tetap ada. Dosa tetap dosa tau. Mana boleh menghalalkan yang haram.
“Sorry Mal..tindakan refleks..” Amru senyum sumbing. Ikmal menggeleng. Baginya walaupun sahabat kewajipannya menegur yang salah. Jangan sampai mengharuskan yang batil.
“Siapa tu Am? Mesra semacam nampak? Awek kau ke? Siap ada date esok..”Izhar tidak mampu lagi menyembunyikan soalannya. Amru Cuma tersenyum. Nasi didalam pinggan sudah dihabiskan. Perlukah dia bercerita siapa Shazlin?
“Betullah Am..sapa tu?”Shahrul pula memanjangkan. Hatinya juga tertanya-tanya. Amru bersama wanita lain. Cerita yang sangat-sangat baru.
“Kan tadi aku dah bagitahu korang. She’s a doctor. Kapten dr Shazlin.Aku dengan dia satu kem kat Lubnan dulu.” cukuplah setakat itu dia ceritakan siapa Shazlin.
“Yelah…tapi mesra semacam je aku tengok. Ada apa-apa ke Am?”Amru memandang Izhar. Tak jadi mahu menyedut air tembikai dalam gelas.
“Aku malas nak jawab boleh tak iz?”
Izhar masih tidak berpuas hati. Namun pertanyaannya hanya mengundang senyuman dibibir Amru. Biarlah mereka berteka-teki. Sebab kalau dia mula bercerita nanti lagi banyak soalan yang keluar dari mulut kawan-kawannya ini. Terutama mulut si shahrul.
Shahrul, Ikmal dan Izhar pandang Amru denga seribu pertanyaan, Amru buat-buat tak tahu. Dia tersenyum pandang ketiga-tiga teman baiknya ini. Biarlah pertanyaan mereka tidak berjawab.
Amru tidak pulang ke rumah. Dia sudah tidak mahu mengingati kenangannya bersama Min di rumah itu. Menumpang tidur di Wisma Bintara , Mass pegawai bujang di dalam pangkalan. Biar bagaimana susahpun dia cuba melupakan, namun bukan senang kenangan otu mahu pergi.
Amru tidak terus pulang. Dia singgah di bangunan Bouestard , duduk di tepi tebing mengadap laut kelam. Ada beberapa orang yang sedang memancing, sekali lagi kenangan bersama Yasmin menerjah di ingatan. Dia pernah bawa Yasmin ke mari. Duduk berdua di tebing ini mengadap lautan dan kapal-kapal di jety. Amru nampak kapal KD Lekir di armada bouestard. Mungkin dalam proses pembaikan.
Amru tekup wajahnya dengan kedua-dua telapak tangan Nafasnya ditarik perlahan. Bayu blue lagoon menghembus lembut, menampar-nampar tubuhnya yang di balut jaket biru. Sejuk dan mendamaikan.
No comments:
Post a Comment