"perlukah?" dia bertanya tapi tiada siapa yang mahu menjawab.
"Dia tanya perlukah?" suaranya ditinggikan sedikit. matanya tajam merenung satu demi satu wajah dihadapannya.
"Dia kena faham." uncle Farid bersuara perlahan.
"Faham apa? Dia tak faham. boleh uncle explain perlukah Dia ikut semua ini?"
Farid dan Ranisa berpandangan sesama sendiri.
"Kalau tak nak saya pun tak teringinlah" lelaki dihadapannya bersuara.
Pantas Nadia memandang.
"Yang kau sibuk nak bercakap kenapa? Aku tak tanya kau pun."
"Nadia! tak baik cakap macam itu." Farid bersuara sedikit meninggi. sekalipun tak suka Nadia tak perlu meninggikan suara sebegitu kepada Raja Mursyid. Dia dan isteri yang jemput Mursyid ke mari, apapun lelaki itu tetap tetamu dalam rumah ini.
"Yang dia sibuk snagat nak bercakap tu kenapa?" Nadia bermain-main dengan kain alas meja.
"Dia, uncle dan aunty buat semua ini untuk kebaikan Dia. Dia kena faham, DIa bukan budak kecil lagi." Farid berhenti seketika. fresh orange didalam gelas diminum sedikit.
"DIa dah besar, uncle. Dia boleh jaga diri sendiri. DIa tak perlukan orang lain untuk jaga Dia." wajahnya dibuang pandang ke arah lain. tiba-tiba matanya menangkap gambar yang tergantung didinding. gambar arwah ibu dan ayah nya. berbelas tahun keduanya meninggal. berbelas tahun juga rindunya menggunung.
"Dia jangan degil. Ini keputusan uncle. Tolonglah uncle dah penat nak gaduh dengan DIa. Dia tak nak duduk dengan uncle, okey uncle terima. Uncle biarkan DIa duduk dengan mak Iti sampai DIa besar macam ini. Sekarang ini bila uncle nak buat yang terbaik untuk kehidupan DIa, Dia menolak. DIa ingat Dia dah besar sangat sampai semua dia nak lawan?" Mungkin kesabaran Farid pada Nadia sudah melebihi batas. Dari kecil Nadia suka melawan. Dia sahaja yang betul tanpa mahu ikut cakap orang lain. Mujur isterinya seorang yang penyabar. Setiap hari berulang alik ke mari menjenguk Nadia. Sedari umur Nadia 12 tahun dia tinggal sendiri dengan pembantu rumah dan tukang kebun. Sudah puas Farid mengjaknya tinggal sekali, tetapi dia tetap melawan.
Nadia diam. Dia sakit hati bila uncle Farid marah dia dihadapan Raja Mursyid.
Farid mendengus seketika.
"Uncle nak semua ini tanpa bantahan. Cukuplah berbelas tahun uncle ikut cakap Dia. Kali ini DIa kena ikut cakap uncle." Farid berlalu. Ranisa mengikutinya dari belakang.
"Uncle jahat. Uncle tak sayang Dia. Baik Dia ikut mama dan papa mati." Nadia menjerit.
"Ha eloklah doa nak mati. Amal ibadat dah cukup ke?"
Nadia pandang raja Mursyid tajam.
"Amal ibadat aku, tak ada kena engena dengan kau. kau ingat kau handsome sangat sampai aku nak buat laki?"
Raja Mursyid ketawa kecil.
"Habis tu kau ingat kau cantik sangat aku teringin nak buat bini? Eh cikgu-cikgu kat sekolah aku tu lagi cantik tahu tak. Tambah-tambah cikgu praktikal. Model pun kalah." Raja Mursyid tidak mahu mengalah juga. Pewaris tunggal Bina Emas ini kadang-kadang harus diajar.
"Habis tu apasal kau tak kahwin saja dengan cikgu-cikgu tu. apahal aku juga yang kau cari?"
"Wah tak ingin aku cari kau. Kalau tak sebab uncle Farid beria-ia minta kau kahwin dengan kau aku pun tak nak lah."
"Baguslah kau tak nak. tak payah semak kepala otak aku."
Raja Mursyid pandang gadis bertocang satu dihadapannya ini. Memang berlagak gila.
"KAu tak nak kahwin dengan aku, kau cakap sendiri. setel sendiri dengan family kau. Aku malas nak masuk campur. Tapi bila kau dah jadi bini aku nanti kau tahulah langit tu tinggi ke rendah." Raja Mursyid sudah tersenyum-senyum.
Nadia ambil bantal sofa dan dibalinkan ke arah Mursyid. Cepat-cepat Mursyid menagkapnya.
"Kau ini nak main baling-baling tunggulah nikah dulu. Aku siap boleh baling kau atas katil...sure kau suka punya."
Nadia menahan marah.
"Kau apahal nak cakap macam tu?"
"Kan aku dah cakap kau tu penakut. mana berani kau nak kahwin dengan aku. Standard kau kahwin dengan mat bangla saja lepas tu balik bangladesh sana."
"Kau ini dah melampau. Kau ingat kau tu hebat sangat. Setakat kerja pun cikgu je pun. Tak payah nak berlagak."
Mursyid ketawa.
"Kan aku dah cakap kau takut nak kahwin dengan aku. Kau ini kan cakap macam ini beranilah."
"KAu ingat aku tak berani kahwin dengan kau. Okey aku sambut cabaran kau, dua minggu lagi kita nikah. aku nak tengok sapa takut dengan siapa." Sebiji lagi bantal sofa dibaling ke arah Musyid. Sebelum Nadia melangkah dia dengar suara Mursyid yang ketawa.
"Lepas kahwin esok siaplah kau aku bawa tempat aku mengajar hujung tanjung. Padan muka internetpun tak ada. mengadaplah muka aku hari-hari."
"Tak kuasalah aku nak ikut ka." Nadia menjerit sambil terus ke tingkat atas, Raja Mursyid masih terus ketawa di sofa.
RANISA masuk ke dalam bilik Nadia. Biliknya cukup luas. Bilik tidur utama. Sejak kakak ipar dan abang iparnya meninggal, sinilah tenpat Nadia beradu. Ranisa akui Nadia seorang anak gadis yang kuat. Dia kehilangan semua sekali serentak. Ibu bapa nenek dan datuk. Yang tinggal cuma Farid seorang. Mungkin kerana apa yang terjadi buatkan Nadia kuat. Jarang sekali Ranisa melihatnya menangis.
"Dia.." Ranisa panggil lembut.
Nadia yang sedang termenung di jendela berpaling.
"MAsuklah aunty."
Ranisa berjalan perlahan menghampirinya.
"Dia marahkan uncle?"
Nadia menggeleng. Kenapa dia harus marah. Uncle Faridlah satu-satunya yang dia ada.
"Tak cuma Dia tak faham kenapa Dia tak boleh cari jodoh Dia sendiri. Dia dah besar aunty. Selama ini Dia hidup seorang diri. Dia ada mak Iti, Pak Hassan \, uncle dan aunty. Tak bolehkah Dia terus hidup macam ini?"
Nadia pandang wajah Ranisa. Bukan dia mahu membantah, cuma dia rasa macam tak logik. Perkahwinan paksa. Macam cerita-cerita drama dan novel.
"Uncle dan aunty tidak memaksa cumanya Dia kena faham, kalaulah apa-apa jadi pada kami, siapa nak tengokkan Dia. Mak Iti, pak Hassan, bukan umur mereka menongkat dunia. Itu yang Dia kena faham."
Nadia mendengar. Dia faham niat dan maksud semua orang.
"Tapi kenapa Mursyid? Kenapa tak Johan anak kawan arwah papa. Mursyid tu cikgu saja, aunty. Macamana dia nak jaga Dia?"
"Dia..harta dan kekayaan ini tak bawa mati. Ada sebab kenapa kami mahukan Mursyid yang jaga Dia, jadi suami Dia, kenapa tidak Johan atau Fahmi anak kawan arwah. Padahal mereka jauh lebih layak berganding dengan Dia kan? Nadia Kasyrani pewaris Bina Emas. Satu hari nanti Dia akan faham kenapa uncle lakukan semua ini."
Belakang Nadia diusap perlahan. Kasihnya pada Nadia sama sahaja kasihnya Zairi anak tunggalnya yang ada di MRSM sekarang.
Nadia diam seketika. Menangis tidak, gembirapun tidak.
"Bagi Dia ruang dulu, Dia perlukan waktu."
Ranisa mengangguk.
"Aunty tahu Nadia Kasyrani seorang yang bijak, Nadia anak yang baik. Nadia akan fikir dengan betul." Ranisa bangun. Dia keluar dari bilik Nadia.
"Macamana?" Farid menyoal sebaik sahaja isterinya muncul.
"Bagi dia masa. Bukan mudah dia nak terima. Mursyid...aunty tahu Nadia tu degil, keras kepala, panas baran cuma aunty minta Mursyid bersabar seikit." Ranisa pandang wajah Raja Azri Mursyid yang masih duduk di sofa.
"Aunty jangan risau, Asyid tahu apa yang Asyid perlu lakukan. Dia tidak sekeras mana aunty. Batu pun lama-lama ditimpa air lekuk juga. Ini pula hati manusia."
Ranisa berbalas pandangan dengan Farid. Mereka tersenyum. Mursyid pandang ke tingkat atas. Nadia berdiri di palang kaca. Mursyid senyum.
'Siaplah kau nanti.'
"Apasal kau tak nak kahwin pula? Kan aku sahut cabaran kau lagi dua minggu kita kahwin?" Nadia lemparkan batu-batu kecil didalam kolam ikan. Mahu bagi makan, petang tadi pak Hassan dah bagi makan.
"Kau campak batu dalam kolam tu, kau ingat ikan-ikan kau bela tu semua ikan pirana ke?"
Nadia menjeling.
"Suka hatilah aku nak agi makan batu ke, cheese cake ke."
"Kalau cheese cake aku pun nak."
"Kau boleh jawab tak soalan aku.?" Nadia letakkan batu ditepi . Tak jadi nak baling. Dia berpaling. Berjalan dan duduk berhadapan Mursyid.
"Aku dengar soalan kau. Macam ini lah, aku tak nak kita kahwin sebab terpaksa lepas tu bercinta bagai nak rak macam dalam novel tu." belum sempat Mursyid sambung, Nadia mencelah.
"Kau baca novel ya. Lupa kau kan cikgu." Nadia senyum sinis. Perlilah tu.
"Aku suka baca novel tak ada kena mengena dengan kerjaya aku sebagai cikgu. Kau kenapa nak babitkan kerja aku pula?"
Nadia ketawa. Dari dulu Mursyid memang pantang kalau ada yang memperkatakan tentang cita-cita ia nak jadi cikgu.
"Eh kau pandai hari ini pun sebab cikgu tahu tak? So appericiate sikit."
Lagi kuat ketawa Nadia.
"Memang lah sebab cikgu tapi bukan cikgu yang namanya Raja Azri Mursyid. Nama cikgu aku Laily, Adnan, Emariza...lagi.."
"Kau ni merepek apa?" sebatang kayu kena kaki Nadia..
"Sakitlah...okeylah bact to the point..so kenapa kau tak nak kahwin dengan aku?"
Nadia ini dia pula yang beria-ia. Pagi semalam bukan main lagi membantah.
"Kan aku dah cakap aku tak nak kahwin paksa macam dalam novel itu. Lepas tu kau jatuh cinta dengan aku separuh nyawa."
"Kau ini kan, aku dah setuju kau pula banyak kerenah. Habis tu kau nak buat macamana?" Nadia pandang Mursyid dengan matanya dikecilkan.
'Handsome juga cikgu Fizik ini.'
"Aku nak deal yang kita bukan kahwin paksa."
"Tak pernah dibuat orang. Kau nak tulis MOU pula cakap kita bukan kahwin paksa? Habis tu nak cakap dekat semua orang kita kahwin sebab memang dah jatuh cinta gila-gila?" Nadia berpeluk tubuh.
"Tak adalah sampai MOU cumanya aku nak kau cakap kau bukan terpaksa terima aku."
"Kau nak apa sebenarnya Asyid?"
"Kau nak apa sebenarnya Asyid?"
"La susah sangat ke nak cakap kita kahwin bukan sebab terpaksa?" Mursyid pula kecilkan mata memandang Nadia.
"Suka hati kau lah. Aku malas nak layan. Kau nak kahwin dengan aku, silakan kalau tak nak aku tak kisah pun. Tapi silakan bagitahu sendiri pada uncle Farid dan aunty Ranisa kau yang reject aku. Macamana deal?" Nadia merencana.
"Minta maaf lah aku nak setuju." Mursyid hanya membiarkan tangan Nadia tidak bersambut. Takkan pula dia nak seuju dengan rancangan Nadia.
"Eh suka hati kau lah. Cakap dengan kau baik aku cakap dengan ikan-ikan dalam kolam tu." Nadia angkat kaki meninggalkan Mursyud yang masih senyum di tepi kolam. Tiba-tiba dia senyum sendiri.
'Dia...aku akan buat kau untu jatuh cinta dengan aku. Percayalah." Mursyid bngun. Dia pun mahu ke bilik. Esok pagi dia sudah kena balik ke rumah orang tuanya sebelum kembali ke daerah dia mencurah bakti.
Masuk ke rumah dia terrempak dengan Nadia yang baru keluar dari dapur.
'Ingatkan dah tidur dah."
Nadia buat-buat tidak nampak Mursyid terus berlalu ke tingkat atas.
'Nadia Kasyrani lagi dua minggu siap kau.'
Bab 2
"Asyid macamana? Dah fikir dah? Kenapa terburu-buru sangat? Dua minggu mana sempat ibu nak siapkan apa-apa." Rohani pandang anak sulungnya ini. Bila tempohari Mursyid dipinang dato' Farid dan Datin Rania, mereka sekeluarga terkedu. Memanglah dari Nadia sebesar tapak tangan mereka semua saling mengenali tetapi terkejut sebab anak lelaki mereka bukan siapa-siapa. Cuma cikgu sekolah menengah sedangkan Nadia Kasyrani waris tunggal Bina Emas sebuah syarikat kejuruteraan yang besar. Mereka sebenarnya ragu-ragu untuk menerima kerana dari kecil Nadia dan Mursyid sering bertengkar.
"Dah Dia yang nak macam itu ibu. Syid ikut saja. Dia nak sangat kahwin dengan Asyidkan biarlah."
Mursyid bermain-main dengan anak kucing yang baru berusia 3 minggu. Kucing baka parsi yang Datin Ranisa hadiahkan untuk adiknya dahulu. Dia dan Rohani sedang duduk di anjung rumah. Ayahnya Raja Alaudin masih belum pulang.
"Macam tak logik pula Nadia beria-ia nak kahwin dengan Asyid. Bukan dia musuh Asyid ke?"
Tangan yang bermain dengan anak kucing terhenti seketika. Mursyid tersenyum, memang dia bagitahu smeua ahli ekluargaya Nadia yang tidak sabar-sabar berkahwin dengannya. Kan dah buat perjanjian bukan kahwin paksa.
"Betullah ibu tiba-tiba dia jatuh cinta dengan Asyid. Nak kata apa." Anak kucing parsi warna kelabu dilepaskan kembali ke dalam sangkar.
"Suka hati lah. Esok jangan lupa singgah rumah Cho dan ende bagitahu." Sedikit sebanyak Raja Rohani lega bila semua majlis ditanggung Dato' Farid. Segan juga mereka mulanya. Ialah yang nak kahwin tu anak lelaki mereka, orang lain pula yang keluar belanja. Tapi duit hantaran tetap Mursyid yang sediakan walaupun tidak seberapa berbanding kekayaan Nadia.
"Cho dah balik ke ibu?" ingatnnya kembali kepada adik perempuan ayahnya yang selalu keluar Negara menjalankan urusan perniagaan. Seorang lagi adik perempuan ayahnya ende Azrina cuma suka duduk di rumah. Dia punya darah dari kerabat diraja Perak dari sebelah ayah dan ibunya. Ayah dan ibunya bersepupu. Jadi salasilah itu tidak kemana.
"Dah balik. Semalam Cho telefon ibu. Tanyakan pasal kahwin Asyid. Ibu saja yang tak berani cakap apa-apa lagi sebab belum ada keputusan rasmi." Sesekali lipat kain di serambi anjung rumah macam ini seronok juga. Bukan mereka tidak ada rumah di bandar tapi suaminya lebih suka tinggal dalam suasana kampung. Kerana itu bila sahaja mereka beli dusun ini, terus ditebang beberpa batang pokok durian dan rambutan untuk dijadikan tapak rumah. Akhirnya villa kecil ini terbina. Malam-malam kalau suaminya tak ada sunyi juga. Sekeliling rumah berpagar bimbang pencuri dan penceroboh apatah lagi jiran-jiran sedikit jauh.
"Kahwin ini susah tak ibu?" Mursyid mula menyoal. Dalam berani-berani dia ada juga terselit rasa takut.
Angin malam mula terasa sejuk. Pukul 9.30 malam Mursyid tanya soalan begini.
"Kenapa Asyid tanya? Dah takut nak kahwin?" Soal Raja Rohani mendatar. Tiada nada. Terkejut atau teruja atau sinis. Musyid tersenyum. Dia kembali bersila mengadap ibunya yang sedang melipat kain.
"Tak ada benda yang senang dalam dunia, ni Asyid. Kahwin bukan benda yang remeh. Bukan macam barang kat pasar yang Asyid boleh pilih sesuka hati. Kahwin ini bukan sahaja sunnah nabi tapi tuntutan dalam islam. Susah senang kahwin ini kita rasa bila dah melaluinya. Bukan bermakna kita kenal pasangan kita bertahun-tahun itu satu jaminan untuk kita bahagia. Sebagai lelaki Asyid kena kemudi rumahtangga Asyid. Kalau Asyid tak betul seluruh perjalanan rumahtangga itu juga tak akan lurus. Bimbing seorang isteri"
Raja Rohani tahu kebimbangan Mursyid. Bukan mudah juga dia nak lepaskan anak sulungnya ini.
"Asyid kena faham satu perkara. Setiap apapun yang Asyid buat kena berlandaskan agama. Boleh mengajar isteri tapi biar berpada."
Mursyid mengangguk memandang wajah ibunya. Dia faham maksud Raja Rohani.
"Dia tak ada nama Raja kat depan okey ke Ibu?" Mursyid cuba bergurau.
Raja Rohani tersenyum.
"Gelaran Raja itu tak bawa mati, Asyid. Tengoklah ende Rafiza kahwin dengan ayah lop dari kalangan orang biasa sahaja. Bukan gelaran yang membezakan kita disisi Tuhan tapi iman, Asyid."
Mursyid mengangguk.
"Dah lah ibu nak masuk tidur. Kalau Asyid nak tunggu ayah, tunggulah. Tapi kalau nak tidur jangan lupa kunci grill, nanti ayah balik dia ada kunci." Raja Rohani membawa kain-kain yang dilipatnya ke dalam bilik. Cuma tinggal hanya Asyid seorang melayan perasaan.
Diambilnya telefon bimbitnya disebelah, dihantar satu pesanan ringkas pada Nadhia.
Esok aku tak boleh ikut kau pergi ambil baju. Pergi sendiri-sendiri. Pandai kau pergi pandai kau balik
Dia tersenyum. Ada gambar Nadia Kasyrani di skrin telefon bimbitnya.. Dia tersenyum lagi.
Nadhia baling telefon bimbitnya ke katil. Sakit hatinya dengan mesej dari Mursyid.
;Macam ini nak jadi laki aku. Dah lah cakap pun kasar. Kau tunggu Asyid.'
Lantas dia membalas mesej dari Mursyid.
Aku tak mati pun kalau tak pergi dengan kau. Ramai lagi yang boleh temankan aku.
Puas hati bila dapat balas mesej Mursyid begitu.
Raja Azri Mursyid, ada kenangan pahitnya dengan lelaki itu satu masa lalu. Kenangan yang tak mungkin dia lupakan sampai bila-bila. Kenanan yang buatkan dia berdendam dengan lelaki itu.
Nadhia bangun, dia tarik langsir ke balkoni. Keluar di balkoni dengan rambutnya yang dilepas bebas. Dia memandang sekeliling villa. CCTV dipasang segenap penjuru. Belum lagi dengan jeriji tajam dihujung yang menjadi pagar di sekelilingnya. Temboknya sengaja dibuat dari marmar licin supaya penceroboh tidak boleh masuk. Dahulu bukan begini keadaannya. Semenjak ibu dan bapanya meninggal, uncle Farid yang uruskan semua. Dari pagar ke CCTV sehingga setiap langkahnya ke sekolah dikawal. Dia rimas tapi diikutkan juga asalkan dia dibenarkan tetap tinggal dalam villa ini.
Bukan uncle Farid dan aunty Ranisa tidak pernah memujuk, tapi dia berkeras. Dia rela lakukan apa sahaka asalkan dia tetap di rumah ini. Berbelas tahun dia lalui dengan keseorangan. Hanya dibayangi dengan kenangan waktu kecilnya.
'Bonda....ayahanda...damailah kamu disana. Tidak lama lagi anakanda juga akan bersama kamu berdua. Cuma masa dan ketikanya belum tiba.'
Hidupnya hanya sendiri. Nadhia berpeluk tubuh. Tubuhnya disandarkan ke dinding. Langit kelam terus direnunginya.
'kalaulah ereka boleh muncul waktu begini.'
Nadhia duduk di kerusi. Pen dan kertas diaras meja diambil. Dia mula menulis.
Assalamualaikum mama.papa..
Esok ulangtahun Dhia yang ke 24. Kemudian Dhia akan berkahwin dengan lelaki yang Dhia tak suka. Kenapa uncle dan aunty memaksa Dhia untuk menerima sesuatu yang Dhia tak mampu. Kasihan Dhia ma...tak ada siapa yang faham perasaan Dhia. Dhia ingin memberontak tapi Dhia tak mahu uncle kecil hati. Uncle dan aunty banyak sangat berkorban untuk Dhia.
Papa..
Dhia tak perlukan lelaki itu untuk jaga Dhia. Selama berbelas tahun Dhia mampu hidup sendiri. Tolonglah Dhia ma..papa...Dhia tak tahu nak buat apa.
NADHIA
Surat itu dilipat kemas. Dimasukkan ke dalam sampul dan diletakkan ke dalam kotak di tepi pasu bunga kekwa. Dia masih berharap sepertimana zaman kecil dahulu kalau-kalau papa atau mamanya akan datang pada malam hari dan membaca surat-surat yang ditulisnya.
NAdhia kembali ke dalam bilik. Tubuhnya direbahkan buat seketika. Sengaja pintu balkoni dibiarkan terbuka agar ada angin yang masuk. Beginilah dia sejak berbelas tahun lalu. Menanti dan terus menanti walaupun dia tahu apa yang dia tunggu tak akan pernah menjelma sehingga mati/
Casino Review & Ratings (2021) - DrMCD
ReplyDeleteRead our Casino 김천 출장샵 Review & get the latest information on 문경 출장샵 the Games, Bonuses, Banking 창원 출장샵 options and more at our Casino! 순천 출장안마 ▶️ Welcome Bonus! Rating: 4.3 · Review 고양 출장마사지 by Dr